Mengapakah bilangan orang Melayu begitu kecil bilangannya dalam bidang keusahawanan? Adakah usahawan Melayu sebenarnya sudah bersedia untuk bersaing khususnya dengan golongan usahawan bukan Melayu dalam dunia perniagaan yang begitu mencabar? Sejauh mana tahap daya saing usahawan Melayu pada hari ini? Adakah benar orang Melayu tidak mempunyai ciri-ciri peniaga yang berdaya saing? Sebenarnya apakah masalah serta cabaran yang dihadapi oleh usahawan-usahawan Melayu?
Persoalan-persoalan yang diutarakan di atas merupakan perkara pokok yang menjadi asas perbincangan buku ini. Selain itu, buku ini turut memperkenalkan dan membincangkan strategi-strategi bagi melahirkan usahawan Melayu berdaya saing secara komprehensif. Selain itu, buku ini juga turut memberikan beberapa contoh kajian kes usahawan Melayu berdaya saing yang merupakan usahawan dari sektor produk makanan dan minuman serta barangan pengguna bagi menjadi sumber inspirasi kepada para pembaca.
Kempen telah tamat
Fund My Book Strategi Pemacu Daya Saing Usahawan Melayu
Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati dan dikasihi sekalian. Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan Projek Pendanaan Awam Crowd funding Fund My Book sebagai platform mendanai penerbitan buku. Buku ini dalam proses rekaan letak dalaman dan akan dicetak setelah memperoleh dana yang mencukupi. Penulisan buku ini adalah hasil kajian PhD saya terhadap usahawan Melayu yang Berjaya di negeri Terengganu. Buku ini membincangkan strategi-strategi bagi melahirkan usahawan Melayu berdaya saing secara komprehensif. Selain itu, buku ini juga turut memberikan beberapa contoh kajian kes usahawan Melayu berdaya saing yang merupakan usahawan dari sektor produk makanan dan minuman serta barangan pengguna bagi menjadi sumber inspirasi kepada para pembaca.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Platform Fund My Book merupakan pelantar Crowdfunding Islam untuk penulis dan penyumbang dana untuk sama-sama mengumpul dana penerbitan sesebuah buku. Ia dimajukan oleh sekumpulan penyelidik dari UniSZA. Ia mengaplikasikan konsep sedekah (derma) dan hibah (hadiah) di mana para penyumbang menderma kepada penulis melalui pelantar Fund My Book bagi urusan mencukupkan dana penerbitan. Justeru, projek ini boleh dikategorikan sebagai konsep perkongsian amal, di mana saya sebagai penulis menghasilkan manuskrip dan anda sebagai penyumbang menerima buku hasil dana terkumpul. Atau dengan kata lain, kita sama-sama mengumpul saham berpanjangan.
Apa yang boleh saya janjikan kepada saudara dan saudari yang menyumbang ke dalam projek penerbitan buku ini berdasarkan pakej berikut:
Pakej A: Sumbangan RM 1-RM20: Ucapan penghargaan
Pakej B: Sumbangan RM30-Senaskhah buku di pos ke rumah
Pakej C: Sumbangan RM 50- 2 naskhah buku dipos ke rumah
Pakej C: Sumbangan RM100-3 naskhah buku dipos ke rumah
Pakej D: Sumbangan RM200-5 naskhah buku dipos ke rumah
Sumbangan untuk projek Fund My Book Strategi Pemacu Daya Saing Usahawan Melayu ini boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan dibawah. Fund My Book ini akan bermula pada 14 Januari 2021 dan berakhir pada 31 Janusri 2021
Sekiranya, mempunyai apa-apa persoalan dan kemusykilan, tuan-tuan dan puan-puan boleh berhubung dengan saya melalui Whatapps, Telegram atau terus hubungi di talian 011-17973734. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada bakal penyumbang.
Sekian terima kasih,
Dr. Rossidi bin Usop
Funder | Amount | |
---|---|---|
Nadhirah Nordin | RM 200 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 50 | |
Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin | RM 50 | |
Anonymous | RM 50 | |
Anonymous | RM 50 | |
Anonymous | RM 50 | |
Anonymous | RM 30 |