"Kita mungkin dalam kalangan ribuan manusia yang diuji oleh Allah swt, namun dipilih oleh-Nya untuk bernasib baik, agar dapat terus untuk mengucapkan syukur". 3 hari 2 malam bukanlah kisah percutian di hotel mewah bersama keluarga, 3 hari 2 malam bukan juga cerita saya melawat ke negara-negara Eropah dan mencari makanan yang lazat tetapi ia sebuah pengalaman menjadi ‘Alumnai’ Pesakit COVID-19. Perjalanan 12 hari yang tak pernah saya bayangkan akan terjadi dalam hidup saya. Ada suka dan ada duka. ia berakhir dengan banyak pengajaran.
Kempen telah tamat
Bismillahirrohmanirrohim.
Izinkan saya berkongsi pengalaman berharga saya bersama khalayak dan para pembaca. Saya bukan sesiapa dalam arena penulisan, tetapi sebagai orang baru yang cuba menghasilkan karya berkonsepkan travelog tarbiyyah untuk tatapan umum.
Bukan mudah untuk menulis sebuah travelog, kerana ia seolah membuka peribadi diri untuk ditatap oleh orang lain. Saya bukanlah sesiapa, jauh sekali ikon masyarakat. Saya cuba menulis sesuatu yang keluar dari hati, dengan harapan ia dapat sampai ke hati pembaca.
Setiap penceritaannya, saya garap dengan baik agar ia dapat disampaikan dengan rasa rendah diri dan bukannya untuk dilihat bermegah-megah. Ada sisi yang tidak dapat saya ceritakan, biarlah ada sedikit sisa amal yang disimpan sebagai kenangan saya untuk Allah swt, agar ia menjadi jariah di hari akhirat kelak.
Anda tidak perlu menjadi pesakit covid19 untuk merasai pengalaman perit ini, cukuplah saya sahaja yang merasainya dan saya berkongsi pengalaman itu kepada anda. Bacalah naskhah kerdil ini.
_____________________________________________________________
Apresiasi: Saya kalungkan ucapan terima kasih kepada Dr Shahrul Ifwat (pensyarah UNISZA dan pasukannya) kerana telah memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan karya ini. Melalui wasilah #Fundmybook yang menggunakan sistem crowdfunding ini, penulis baru seperti saya dapat menonjolkan bakat tanpa halangan.
#Fundmybook ini meraikan 2 kategori
dalam masyarakat. Mereka yang ingin membaca dan berinfaq, dan mereka yang ingin
berinfaq supaya penulis dapat menghasilkan karya mereka. MashaAllah, sangat
besar pahala itu yang boleh dibawa sehingga mati. Semoga para penyumbang termasuk dalam golongan orang yang beruntung, “walaupun jasadnya telah mati, tapi pahalanya masih hidup
& terus mengalir”
Ke mana sumbangan anda akan dimanfaatkan?
A- Akan dijadikan
sebagai modal percetakan karya ini
B- Sebagai hadiah kepada
penyumbang (akan diposkan secara percuma)
C- Sebahagian buku akan
diinfaqkan ke pusat ilmu yang terpilih
Penghargaan buat penyumbang:
A- Jika menyumbang
RM40.00 (hadiah sebuah buku berserta pos percuma)
B- Jika menyumbang
RM50.00 dan ke atas (hadiah sebuah buku & pos percuma termasuk nama
penyumbang disebutkan dalam buku ini)
Bagaimana untuk menyumbang?
Langkah 1: Klik "support this campaign"
Langkah 2: Pilih cara pembayaran samada Bank Transfer atau FPX
Langkah 3: Letakkan jumlah sumbangan
Langkah 4: Hantarkan nama & alamat anda kepada penulis untuk tujuan pengeposan hadiah buku tersebut selepas membuat proses sumbangan:
MOHD AFIQ BIN MOHD SALEH – 0193225761 (WhatsApp)
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 2000 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 60 | |
RUZAIN Mansor | RM 50 | |
Anonymous | RM 40 | |
Anonymous | RM 10 | |
Anonymous | RM 10 | |
Anonymous | RM 10 |