Buku ini memaparkan panduan
memahami lelaki buat wanita yang ingin mencipta perhubungan sukses bersama
lelaki berdasarkan rujukan penulisan beberapa konsultan perhubungan terkenal
antarabangsa dan daripada contoh sebenar pengalaman-pengalaman peribadi wanita
di sekeliling penulis. Sebanyak 150 muka surat diperuntukkan bagi
membincangkan kesilapan yang sering wanita lakukan dalam perhubungan, fakta
mengenai lelaki dan petua serta panduan praktikal bagi mendapatkan perhubungan
yang diimpikan.
Kempen telah tamat
Kenapa sumbangan tuan/puan sangat besar ertinya dalam penghasilan buku ini?
Sebagai seorang wanita, saya membesar dengan melihat wanita sering kali kecewa dan terluka apabila terlalu ingin mendapatkan cinta dari seorang lelaki. Hakikatnya, perkara tersebut terjadi kerana mereka tidak memahami sifat dan sikap lelaki.
Oleh itu, buku ini merupakan satu usaha dari pihak saya yang telah menjalankan kajian dan eksperimen melalui pengumpulan segala fakta berkaitan lelaki dalam perhubungan daripada pelbagai sumber dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris selama lima tahun.
Saya dapati banyak sumber daripada Bahasa Inggeris mempunyai dapatan kajian yang lebih realistik kerana kajian dibuat berdasarkan soal-selidik yang melibatkan beribu-ribu responden selain daripada hasil sesi kaunseling oleh konsultan terlatih.
Saya juga telah menjalankan temubual secara langsung dengan pelbagai lapisan wanita di sekeliling bagi mengutip pengalaman peribadi mereka sebagai data sokongan.
Jika penulisan ringkas sebanyak 150 muka surat dalam Bahasa Melayu ini terhasil, saya harap dapat membantu wanita di luar sana mendapatkan perhubungan yang mereka impikan dan tidak lagi hidup dalam kekeliruan yang berpanjangan terhadap seorang insan bernama lelaki.
Harga yang diletakkan juga mampu milik iaitu RM20.00.
Sebagai penghargaan, sumbangan yang dibuat RM50 dan ke atas akan mendapat sebuah buku memoir bertajuk Memoir Mangsa Kekejaman Khmer Rouge Tahun 1975-79 beserta tandatangan penulis. Buku memoir tersebut merupakan satu koleksi pengalaman sebenar mangsa kekejaman Pol Pot dan berjumlah terhad kerana tidak diulang cetak.
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 500 | |
Anonymous | RM 500 | |
Anonymous | RM 30 | |
Anonymous | RM 20 | |
Anonymous | RM 20 |