MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Agama / Religious

PROJEK INFAQ ILMU KITAB HADIS

 Kitab 40 HADITH ANCAMAN MENCELA DAN MENGHINA MARUAH KAUM MUSLIMIN merupakan salah satu karya nukilan al-Hafiz Syihab al-Din Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar al-Asqalani yang menekankan peri penting hubungan sesama Muslim, dan menjelaskan larangan dan ancaman yang keras bagi mereka yang bermudah-mudah menghina serta merendah-rendahkan Muslim yang lain. Sedangkan terdapat banyak hadis-hadis Baginda yang menerangkan tentang hak-hak seorang Muslim yang sepatutnya dipelihara dan dihormati. Setiap hadis yang dipilih oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar mempunyai mesej-mesej yang sangat penting untuk dipelajari dan ditadabbur serta dihayati dalam kehidupan setiap Muslim. Ditambah lagi, suasana semasa yang rencam, dengan dunia di hujung jari, maruah seorang Muslim mudah untuk dicalarkan dan dihina, semua itu adalah suatu perbuatan yang dilarang oleh syarak. Penterjemah dan pensyarah kitab ini iaitu al-Fadhil Ustaz Mohd Yusuf Abd Kadir telah memberikan khidmat yang baik dalam usaha menterjemahkan kitab ini agar manfaat dan isi kandungannya dapat dihayati dan diamalkan oleh setiap muslim. 

RM 2000.00 / 2000.00 terkumpul

100.00%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut

MENGAPA BUKU INI DITERBITKAN?

Maruah.

Satu perkara yang sangat dititik oleh agama. Islam tidak membezakan antara maruah orang Islam mahupun bukan Islam. Dalam masa yang Islam menitikberatkan pemeliharaan maruah sesama kaum muslim. Kerana itu, kandungan buku ini perlu diketengahkan dalam kalangan masyarakat terutama ketika suasana masyarakat hidup dalam dunia media sosial. Mengadu domba, fitnah, menipu, pecah amanah. Semua itu adalah perkara yang dilarang dalam agama. Bahkan, itu itulah yang menjadi punca kepada masalah sosial masyarakat. Usaha menterjemahkan buku ini adalah salah satu langkah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peri penting memelihara maruah.


MENGAPA KAMI PERLUKAN DANA?

Melalui fundmybook ini, kami ingin melancarkan program 'infaq ilmu' dalam menerbitkan:

KITAB 40 HADIS ANCAMAN MENCELA DAN MENGHINA MARUAH KAUM MUSLIMIN

Dana sumbangan orang ramai akan digunakan untuk menanggung kos penerbitan buku ini. Ini termasuklah susun atur, suntingan dan cetakan. Semua proses ini akan dikendalikan oleh penerbitan Ikon Syabab.

KE MANA DANA ANDA PERGI?

Buku yang dicetak akan disumbangkan secara langsung kepada institusi-institusi kemasyarakatan. Ini termasuklah surau atau masjid di pejabat dan sekolah. Begitu juga di surau dan masjid orang ramai sebagai salah satu bahan bacaan dalam majlis-majlis taklim yang dianjurkan.

Selain itu, sasaran 'infaq ilmu' juga adalah institusi pendidikan seperti perpustakaan sekolah dan awam.

Melalui dana fundmybook ini, ia akan membantu kami untuk menjayakan program 'infaq ilmu' yang mana, ia adalah sebuah jariah yang besar kepada para penyumbang dana.

Sebagai projek kali pertama 'infaq ilmu' kami menyasarkan 100 buah institusi yang mendapat manfaat daripada dana ini.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENYUMBANG?

1. Klik 'SUPPORT THIS CAMPAIGN'

2. Pilih samada Bank Transfer atau FPX

3. Masukkan jumlah sumbangan

* FUND SEBANYAK RM 50 MELAYAKKAN NAMA ANDA DIMASUKKAN DALAM LAMAN PENGHARGAAN * MAKLUMKAN KAMI DI TALIAN 011-20934970*

Infaq anda insha Allah akan menjadi saham akhirat yang berkekalan, insha Allah...


Ketua Projek

Abdul Hakim Othman,
Ikon Syabab.

16/04/2021

RASHIDAH MOHAMAD IBRAHIM

semuga sumbangan ini dapat membantu usaha untuk menerbitkan buku ini


#
Funder Amount
1
Anonymous RM 500
2
Anonymous RM 150
3
Anonymous RM 100
4
Anonymous RM 100
5
Anonymous RM 100
6
RASHIDAH MOHAMAD IBRAHIM RM 100
7
Anonymous RM 100
8
Anonymous RM 100
9
Anonymous RM 65
10
Anonymous RM 50