MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Keusahawanan / Entrepreneurial

80:20 Tips Harian Keusahawanan

Buku 80:20 Tips Harian Keusahawanan adalah bagi memenuhi keperluan jiwa keusahawanan. 80:20 adalah ‘Pareto Rule’ yang banyak menjelaskan situasi melibatkan keusahawanan.

Ada yang berpendapat 80% ‘result’ keberhasilan kita adalah berpunca daripada 20% usaha yang kita lakukan. Ada juga pendapat yang menyatakan 80% daripada pendapatan perniagaan kita adalah terhasil daripada 20% pelanggan yang kita miliki. Ada juga yang berkata 80% daripada jualan kita datangnya daripada 20% prospek pelanggan yang kita miliki.

Begitulah juga dengan jiwa keusahawanan, 80% kekuatannya adalah diisi oleh 20% usaha ke arah mencapai matlamat tersebut. Dengan 20% ini, maka kita sebagai usahawan akan memanfaatkan 80% kemahiran perniagaan yang terdiri daripada teknologi ‘know how’ dan ‘ know who’ masing-masing.

Buku 80:20 Tips Harian Keusahawanan ini bakal mengisi jiwa keusahawanan untuk mewujudkan sedar dan waspada dalam tindakan seharian. Ia mengandungi lebih 200 tip harian yang melibatkan tanggungjawab, tip, peranan dan tugasan seorang usahawan. Dengan 20% ini, ia bakal menggerakkan baki 80% tindakan keusahawanan yang menghalakan mereka ke arah kejayaan. 


RM 1407.00 / 1000.00 terkumpul

100.00%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut

Saya memohon kebenaran utk memperkenalkan Projek Pendanaan Awam (Crowf Funding) yang diberi nama FundMyBook. Ia adalah sebuah platform yang akan digunakan bagi mendanai buku ketiga saya iaitu 80/20 Tips Harian Keusahawanan. Ia merupakan tips-tips refleksi kepada tindakan harian usahawan yang dikumpul sepanjang proses penyelidikan kajian Phd saya. Buku ini dalam proses akhir penyiapan manuskrip dan bakal dicetak setelah memperolehi dan yang mencukupi.


Ia merupakan catatan berinspirasi yang dihasilkan sepanjang proses penelitian dan penyelidikan berkait pembangunan usahawan mikro, kecil dan sederhana sepanjang tahun 2014 - 2020. Beberapa catatan beremosi turut diabadikan hasil daripada jatuh bangun sendiri sebagai usahawan. Ia pengalaman yang penulis kira mesti dibukukan dan wajib diteladani agar ia tidak diulangi oleh usahawan lain. Ini adalah catatan daripada usahawan restoran, rumah rehat, ikan kering, kereta sewa, gerai makan, penjual buah, agen takaful, agen pemasaran, pembasuh kereta dan banyak lagi.


Pendanaan awam ini adalah sebuah kaedah perkongsian ganjaran berpanjangan di mana saya sebagai penulis yang menyiapkan manuskrip dan anda sebagai penyumbang. Insya Allah kita bakal sama-sama memperolehi ganjaran Allah secara berpanjangan.


Apa yang boleh saya janjikan kepada saudara dan saudari yang menyumbang ke dalam projek penerbitan buku ini berdasarkan pakej berikut:


Tiada jaminan keuntungan atau perkongsian laba secara material bagi anda yang menyumbang untuk projek ini. Namun sebagai token saya ada menyediakan beberapa pakej berikut:


Pakej A: Sumbangan RM29 dan ke baqah-Allahlah sebaik-baik pemberi balasan

Pakej B: Sumbangan RM30-Senaskhah buku di pos ke rumah

Pakej C: Sumbangan RM 50- 2 naskhah buku dipos ke rumah

Pakej D: Sumbangan RM100-4 naskhah buku dipos ke rumah

Pakej E: Sumbangan RM200-8 naskhah buku dipos ke rumah


Bagi sumbangan pakej B-E, sila whatsapp alamat pengeposan kepada nombor 019-2391201.


Kami juga menawarkan ruang untuk pengiklanan bagi muka surat tertentu dengan kadar tertentu kepada mana-mana pengusaha atau peniaga yang berminat. Sila hubungi nombor di atas bagi perbincangan lanjut.


Benar, kaedah ini adalah yang pertama di Malaysia bagi tujuan penerbitan sesebuah buku. Benar ia seakan-akan aktiviti pengumpulan dana. Namun hakikatnya ia adalah satu inovasi bagi membolehkan anda dan saya secara berganding bahu berusaha memanjangkan usaha atas ilmu.


Saya tulis, anda sumbang dan kita terbit. Sama-sama baca dan sama-sama menyebarkan kebaikan.


Salam ikhlas


Hashim Bin Ahmad Shiyuti 

Tel: 0192391201

FB/ Hashim Ahmad Shiyuti


12/05/2021

Khaulah Hilaluddin

Tertarik dgn tajuk buku. 👍🏻


#
Funder Amount
1
Anonymous RM 500
2
Anonymous RM 100
3
Anonymous RM 100
4
Anonymous RM 100
5
Anonymous RM 100
6
Anonymous RM 100
7
Anonymous RM 100
8
Anonymous RM 50
9
Khaulah Hilaluddin RM 50
10
Anonymous RM 50