MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Agama / Religious

Projek Infaq Ramadhan Habibain

Projek Infaq Ramadhan Habibain ini melibatkan 3 buah buku berikut:

1. Anak Kunci Menjemput Rezeki

Sinopsis: Kitab Husul al-Rifq bi Usul al-Rizq merupakan sebahagian daripada koleksi emas yang ditulis oleh seorang ulama agung bernama al-Hafiz Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman al-Suyuti (w. 911H). Di dalam kitab ini, al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti telah mengumpulkan sejumlah 34 buah hadith yang membincangkan tentang rezeki, adab dan etika meraihnya serta kaedah-kaedah untuk memanfaatkannya. Buku ini diharap memberi kesan yang baik terhadap pembaca dalam soal memahami maksud sebenar tentang konsep rezeki, sekaligus mengajak para pembaca menyedari peri pentingnya meraih rezeki dengan cara yang halal lagi berkat. Selain itu, terdapat juga beberapa anjuran yang boleh diamalkan ketika berhadapan situasi getir diuji dengan kesempitan hidup.

2. Ghuraba’: Terasing? Takut Apa, Allah Kan Ada

Sinopsis: Secara umumnya buku ini bertemakan agama dan motivasi. Ia menekankan hidup berprinsip dalam memahami agama dan kehidupan. Kandungan buku ini menggabungkan kisah-kisah para sahabat dan anbiya’, dengan kombinasi perjalanan menuntut ilmu penulis selama 10 tahun di negara Jordan dan UK.Secara umumnya buku ini bertemakan agama dan motivasi. Ia menekankan hidup berprinsip dalam memahami agama dan kehidupan. Kandungan buku ini menggabungkan kisah-kisah para sahabat dan anbiya’, dengan kombinasi perjalanan menuntut ilmu penulis selama 10 tahun di negara Jordan dan UK.

3. Yakinlah! Allah Sentiasa Ada Bersamamu

Sinopsis:   Kitab al-Yaqin merupakan sebahagian daripada koleksi emas yang telah ditulis oleh seorang ulama salaf yang agung bernama Ibn Abi al-Dunya (w. 281H). Di dalam kitab ini, pengarang telah mengumpulkan sejumlah hadith, athar dan riwayat yang membincangkan tentang yakin, kepentingannya dan bagaimana kaedah untuk mencapainya. Buku ini diharap menatijahkan kesan yang baik terhadap pembaca dalam memahami maksud sebenar tentang yakin, sekaligus mengajak para pembaca menyedari peri pentingnya menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi dalam segenap aspek terutamanya dalam soal beragama.

RM 3239.00 / 3000.00 terkumpul

100.00%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut

Pengenalan Awal

Projek Infaq Ramadhan Habibain ini merupakan satu inisiatif yang diusahakan hanya dalam bulan Ramadhan al-Mubarak dengan tujuan untuk memandaikan umat melalui bahan bacaan yang bermanfaat.


Siapakah Golongan Sasaran?

Projek Infaq Ramadhan Habibain ini menyasarkan beberapa entiti dan institusi berikut:

1. Perpustakaan masjid

2. Perpustakaan sekolah yang tidak mempunyai bantuan dana

3. Rumah anak yatim

 

Apakah Pakej Infak Yang Ditawarkan?

Secara asasnya, kami menyasarkan kutipan infak sebanyak RM3000. Justeru mencapai matlamat ini, para penyumbang boleh membuat sumbangan melalui pakej-pakej berikut:


Pakej A: RM90 (3 Buku)

Pakej B: RM43 (Buku Anak Kunci Menjemput Rezeki)

Pakej C: RM25 (Buku Yakinlah! Allah Sentiasa Ada Bersamamu)

Pakej D: RM22 (Buku Ghuraba': Terasing? Takut Apa, Allah Kan Ada)

Anda juga masih tetap boleh menyumbang walaupun dengan nilai RM10.


Apakah Yang Akan Berlaku Apabila Kutipan Dana Berjaya Mencapai Sasaran? 

Dana kutipan daripada sumbangan anda akan digunakan sepenuhnya untuk membeli buku yang dimaksudkan. Kemudian, kami selaku pihak yang diamanahkan menjalankan Projek Infaq Ramadhan ini akan menjalankan tanggungjawab menyerahkan kesemua buku yang dibeli menggunakan duit kutipan ini kepada kesemua entiti yang telah disenaraikan sebagai golongan sasaran yang berada di sekitar Wilayah Persekutuan KL dan Selangor. 


DISCLAIMER: Royalti para penulis tidak akan diberikan menggunakan duit yang diperoleh daripada kutipan ini kerana untuk memaksimumkan penggunaan dana untuk membeli buku dan menjayakan matlamat projek ini.


BAGAIMANA ANDA BOLEH MENYUMBANG?

1. Klik 'SUPPORT THIS CAMPAIGN'
2. Pilih samada Bank Transfer atau FPX
3. Masukkan jumlah sumbangan


Dengan dana sebanyak RM 3,000, pihak Habibain Resources akan mampu menyalurkan 33 set buku-buku di atas kepada institusi-institusi yang disasarkan sebagaimana di atas. 


Semoga sedikit usaha ini diganjari oleh Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran dan menjadi amalan kebaikan yang dilipatgandakan pahalanya bersempena bulan Ramadhan yang diberkati ini. Sumbangan anda akan memupuk budaya membaca dan melestarikan dunia buku. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada kami di talian: 018 2090102.


Yang benar,

Mohd Nor Adzhar bin Ibrahim

Habibain Resources

 

07/05/2021

Anonymous

Sambung yg RM30 tadi.


07/05/2021

Anonymous

Good effort! Congrats.


25/04/2021

Anonymous

Infaq mus


#
Funder Amount
1
Anonymous RM 1000
2
Anonymous RM 500
3
Anonymous RM 250
4
Anonymous RM 180
5
Anonymous RM 100
6
Anonymous RM 100
7
Anonymous RM 100
8
Anonymous RM 99
9
Anonymous RM 90
10
Anonymous RM 90