“6PPUS
walaupun digelar berpuaka tetapi kami sangat sayang akan nama kelas ini. Tiada
memori dapat menandingi pengalaman kami sewaktu kami bergelar pelajar kelas
ini—” -6PPU1S BERPUAKA
Siapa tahu kami boleh mengeluarkan buku walaupun hanya berjuang dalam
Tingkatan 6 selama hampir 2 tahun? Bergaduh bersama pun sudah, bergembira
bersama pun sudah.
Ingin tahu pahit manis kehidupan di
Tingkatan 6? Inilah masanya.
Buku kecil daripada kami hasil
rintihan hati kecil kami untuk dipersembahkan kepada semua. Jangan terkejut! Semuanya
tidak seindah yang disangkakan.
“SadaqAllahul’Azim…”
Laung Fir ibarat wisel penamat—” -Sasterian Sustagen
Hayatilah hasil imaginasi kami yang
tiada tolok bandingnya, kalau boleh, imaginasi ini ingin kami bawa ke bulan!
Kempen telah tamat
KENAPA SUMBANGAN TUAN/PUAN DIPERLUKAN UNTUK KEMPEN INI?
Kami AKAN menggunakan dana anda untuk proses :
- Penyuntingan Akhir
- Reka Bentuk Grafik
- Percetakan
"Semakin banyak dana yang dikumpul, semakin banyak buku ini dapat menggembirakan adik-adik sekolah ini."
BAGAIMANA IA BERMULA?
Projek ini merupakan sebuah ilham daripada guru subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Puan Junainah Jumaat. Puan Junainah juga merupakan seorang penulis novel remaja yang menggunakan nama pena Jun Aina Alias.
Projek istimewa ini dijalankan oleh para pelajar tingkatan 6 (Kelas 6PPU1S) sebagai satu projek yang menguji kemahiran mereka dalam mata pelajaran KMK. Justeru, ia sebagai satu pemangkin supaya apa yang dipelajari selama dua tahun di sekolah dapat dizahirkan dan dibukukan. Ia merupakan projek tidak rasmi yang tidak melibatkan pihak sekolah secara langsung. Namun, atas rasa tanggungjawab seorang guru, Puan Junainah berusaha menjadikan projek penulisan buku ini satu realiti.
APA AKAN DILAKUKAN PADA BUKU INI SELEPAS IA SIAP DICETAK?
Buku-buku ini akan diserahkan kepada para penulis (adik-adik tingkatan 6) sepenuhnya. Mereka akan gunakan untuk simpanan peribadi, hadiahkan kepada guru dan perpustakaan sekolah.
Mesbo Creative yang bertindak sebagai penerbit tidak akan menyimpan stok untuk tujuan jualan. Ia diserahkan kepada para penulis dan guru mereka sepenuhnya. Kami hanya membantu untuk melicinkan urusan dan merealisasikan impian mereka.
Buku ini tidak dicetak dalam kuantiti yang banyak. Sekitar 50 naskhah sahaja. Tetapi, jika kutipan penuh dapat dilakukan, kami akan mencetak mengikut bajet yang disumbangkan oleh anda. Jadi, bantulah kami dengan memberi sumbangan.
ISTIMEWA UNTUK ANDA...
Sekiranya anda mahu nama anda dicetak pada bahagian dalam buku tersebut, sila maklumkan kami melalui emel, fizmanothman@gmail.com. Tajuk emel, NAMA PADA BUKU PROJEK. Kami akan pastikan nama penyumbang buku dicetak dengan baik dan kemas pada muka surat dalam buku.
INFO MENGENAI PROJEK BUKU INI...
Anda boleh hubungi guru penyelaras, Puan Junainah di emel, g-18113698@moe-dl.edu.my
Penerbit melalui emel fizmanothman@gmail.com
Pengurus Kempen: Shah Othman, Mesbo Creative
emel: fizmanothman@gmail.com
Facebook: Buku Mesbo Creative
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Dato' Dr. Azizon Othman | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 84 | |
Anonymous | RM 50 |