Sepanjang 20 tahun membesar dalam masyarakat Islam di Pantai
Timur, penulis terdedah kepada tafsiran yang agak mundur mengenai HARTA dan
ORANG KAYA. Begitu juga selepas berpindah beberapa tahun ke Timur Tengah,
penulis melihat konvensi masyarakat Islam sangat berbeza dengan pandangan
mereka tentang kemajuan di zaman moden. Seolah-oleh wujud pertembungan yang
tidak sepatutnya. Sehubungan itu, buku ini mengemukakan PERSPEKTIF
BAHARU mengenai harta dan orang kaya di sisi agama. Ia dibentuk
berdasarkan rujukan dalil-dalil hadis dan al-Qur'an yang sama, biasa dibaca di
masjid serta surau, tetapi menyingkap sisi pandang yang lebih sesuai
dengan perkembangan zaman berdasarkan kefahaman matan dalam bahasa Arab. Ia
BUKAN suatu yang diada-adakan, atau menyalahi tafsiran ulama silam, tetapi
pandangan simplistik sebenarnya mengakibatkan cara pandang kita kepada harta
dan orang kaya menjadi sempit dan skeptikal. Dengan membaca buku ini akhirnya
akan memahamkan kita bahawa AGAMA ISLAM TIDAK PERNAH MEMANDANG SERONG HIDUP
BERUSAHA, HARTA DAN MENGUMPUL KEKAYAAN. Bahkan dalam Islam, harta boleh
dijadikan jambatan untuk BERJAYA DI AKHIRAT dengan merancang perbelanjaan lebih
baik berdasarkan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w dalam hadis "lukisan" (حديث الخط).
Mahu tahu apa itu hadis "lukisan"? Bacalah buku ini, anda akan
didedahkan cara merancang harta menurut panduan Junjungan Mulia s.a.w.
Kempen telah tamat
Kan Amer Hudhaifah Hamzah dah 2x terbit buku dengan penerbit tersohor? Idea asal pun dari Hj. Hamzah Kammapu yang terkenal dalam bidang hartanah... So kenapa perlu "crowdfunding"?
Bismillahirrahmanirrahim... Buku ini terbitan pertama saya yang baru memulakan kegiatan di atas nama Ibn Hamzah Ent., syarikat yang beroperasi menyebar ilmu dan menjadi rujukan awam dalam soal agama Islam yang murni.
Sebelum ini, segala urusan penerbitan dan kos ditanggung sepenuhnya oleh penerbit universiti. Begitu juga aktiviti pengiklanan diuruskan secara eksklusif oleh mereka. Oleh itu, ramai pembeli dari kalangan ahli akademik dan mahasiswa sahaja.
Tapi kali ini, buku ini ingin ditujukan terus kepada masyarakat awam dari kalangan bangsa Melayu-Islam. Pengalaman pertama menyebabkan cabaran agak besar bagi saya sebagai wakil syarikat yang masih bertatih untuk mempromosikan diri kepada umat Islam, khususnya di Pantai Timur.
Hj Hamzah Kammapu merupakan PENDORONG UTAMA untuk saya menyinggung masalah ini dalam bentuk tulisan yang santai dan mudah. Oleh itu nama beliau dimasukkan sebagai PEMILIK IDEA ASAL selain penghormatan kerana telah memberi pendidikan kepada saya sejak kecil.
In syaa Allah beliau tersenarai sebagai salah seorang penyumbang yang utama. Walau bagaimanapun, saya ingin mengajak anda semua turut sama menyumbang dana dan berusaha mempromosikan buku ini agar sama-sama kita membuka minda masyarakat Melayu supaya tidak lagi salah faham tentang agama Islam dan ketinggalan, terutamanya soal harta dan hal ehwal duniawi.
Apa anda dapat jika menyumbang dana?
1. Pertama sekali, Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda semua yang membantu ilmu ini disebarkan, dalam menghadapi masalah kos penerbitan yang semakin tinggi saban tahun. Sumbangan anda juga akan memberi semangat untuk saya terus menulis dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat di masa-masa akan datang. Rasulullah s.a.w bersabda: "Berinfaklah, nescaya ganjarannya yang besar akan pulang semula kepadamu". Riwayat Bukhari dan Muslim
2. Sumbangan RM30-50: Senaskhah buku akan diposkan kepada anda sebagai tanda penghargaan dari penulis.
3. Sumbangan RM51-100: Dua naskhah buku akan diposkan kepada anda. Satunya untuk anda nikmati sebagai santapan ilmu yang bermakna dan satu lagi, anda boleh hadiahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi yang anda suka.
3. RM100 ke atas: Di samping dua naskhah buku tadi (jika anda bersetuju) nama anda akan diabadikan dalam kata-kata aluan penulis sebagai memperingati jasa anda kerana telah membantu pemasaran buku. In syaa Allah usaha anda akan membakar semangat ramai lagi penyumbang dan penulis baru yang ingin aktif bersama komuniti fundmybook di masa-masa akan datang.
Kemana perginya dana sumbangan anda?
Para penyumbang dianggap pembeli dan penyokong pertama untuk buku yang akan diterbitkan. Setidak-tidaknya, melalui sumbangan anda, saya dari kumpulan fundmybook menyedari setakat mana tarikan luaran buku ini mampu pergi dan diterima dalam kalangan masyarakat awam. Antara kos-kos yang akan ditampung oleh hasil sumbangan dan dana anda ialah:
- Design dan layout buku
- Suntingan teks dan bacaan pruf untuk membetulkan laras bahasa
- Percetakan hardcopy dan membuat naskhah e-book
- Mengedar dan mengepos buku
Bagaimana untuk menyumbang?
1. Klik "Support this campaign".
2. Pilih Bank Transfer atau FPX.
3. Masukkan jumlah dana yang hendak disumbangkan.
4. Hantarkan nama, resit pembayaran dan alamat kepada saya untuk proses penghantaran hadiah melalui no. +60199100335.
Akhir sekali, saya menghargai sumbangan anda tidak kira berapapun ia. Ingatlah yang mahal itu bukan pada wang ringgit, tetapi nilai keikhlasan yang anda tunjukkan saat mengorbankan sedikit harta ke jalan ilmu. Semoga anda dan saya diberkati Allah di dunia dan di akhirat sana. Ameen ya Rabbal Alamin.
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 300 | |
Anonymous | RM 200 | |
Anonymous | RM 130 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 50 | |
Anonymous | RM 50 | |
Anonymous | RM 50 | |
Anonymous | RM 20 | |
Anonymous | RM 10 |