Coretan ini merupakan jawapan terhadap persoalan hukum-hakam dan isu agama semasa yang dikemukakan oleh ahli masyarakat sepanjang diamanahkan tanggungjawab sebagai Mufti Negeri Terengganu. Setiap soalan dan jawapan yang dikemukakan sama ada melalui program rasmi Jabatan Mufti Negeri Terengganu, sesi soal jawab dalam program jemputan agensi luar mahupun pertanyaan persendirian melalui panggilan atau mesej peribadi, dihimpunkan dan diolah kembali dalam bentuk penulisan. Jawapan terhadap soalan yang diutarakan dalam penulisan ini adalah bersandarkan pandangan para ulama’ silam dan kontemporari di samping turut merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh institusi fatwa dalam dan luar negara. Pendapat mazhab Syafie adalah diutamakan kerana ia adalah amalan masyarakat Islam di Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.
Kempen telah tamat
JOM DANA BUKU
Sebarkan ilmu, lunturkan
kejahilan, perkukuhkan agama DEMI redha Ilahi.
Hobi
membaca dan menulis memang sebati dengan personaliti kali ini, Dato’ Dr. Haji
Zulkifly Muda, Mantan Mufti Negeri Terengganu. Bagi beliau, selagi hayat
dikandung badan, ilmu yang dimiliki sebagai pinjaman Allah perlu diabadikan
buat manfaat ummah. Inilah sebahagian himpunan mutiara ilmu yang menjadi
coretan pena al Fadhil Ustaz atas rasa tanggungjawab beliau dalam membantu
merungkai permasalahan ummah. Kami yakin, konsep crowdfunding kali ini mampu
melebarkan karya ini ke seluruh pelusuk tanah air berbekalkan satu ikatan dan
tautan kukuh atas nama sebarkankan ilmu, lunturkan kejahilan,
perkukuhkan agama DEMI redha Ilahi.
Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan taufik dan
izin-Nya, penulisan buku yang bertajuk PENERANGAN AGAMA
TERHADAP ISU-ISU MASYARAKAT SIRI 1-10 berjaya disempurnakan.
Moga dengan penerbitan karya ini, ia akan memberi manfaat kepada umat
Islam di Terengganu khususnya dan di Malaysia amnya. Sesuai untuk dijadikan
koleksi peribadi, sumber bacaan bagi majlis ilmu, bahan bacaan bagi jemaah
surau dan masjid, rujukan sampingan bagi penuntut di institusi pengajian agama
bahkan sesuai dijadikan khazanah ilmu di perpustakaan awam. Penghasilan buku ini
diharapkan merancakkan lagi budaya menyebarluaskan ilmu pengetahuan
kepada masyarakat Islam yang akhirnya membawa kepada satu gaya
hidup yang dilentur dengan acuan agama, berpaksikan tauhid,
bersendikan syariah dan berwajahkan akhlak Islam.
Coretan
ini merupakan jawapan terhadap persoalan hukum-hakam dan
isu agama semasa yang dikemukakan oleh ahli masyarakat sepanjang
diamanahkan tanggungjawab sebagai Mufti Negeri Terengganu. Setiap soalan dan
jawapan yang dikemukakan sama ada melalui program rasmi Jabatan Mufti Negeri
Terengganu, sesi soal jawab dalam program jemputan agensi luar mahupun
pertanyaan persendirian melalui panggilan atau mesej peribadi, dihimpunkan dan
diolah kembali dalam bentuk penulisan. Jawapan terhadap
soalan yang diutarakan dalam penulisan ini
adalah bersandarkan pandangan para ulama’ silam
dan kontemporari di
samping turut merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh institusi fatwa dalam
dan luar negara. Pendapat mazhab Syafie adalah diutamakan
kerana ia adalah amalan masyarakat Islam di Terengganu khususnya
dan Malaysia amnya .
KE MANA SUMBANGAN ANDA DISALURKAN?
Sumbangan anda akan digunakan untuk perkara-perkara berikut:
1. Proses suntingan buku
2. Proses layout buku dan kulit buku
3. Proses percetakan buku
APA TAWARAN KAMI SEBAGAI PENGHARGAAN UNTUK PARA PENYUMBANG?
1. Sumbangan RM 50- Hadiah sebuah buku koleksi tulisan dari penulis berserta tanda tangan
2. Sumbangan RM 70 ke atas- Hadiah beberapa buah buku koleksi tulisan penulis berserta tanda tangan
3. Sumbangan RM500- Peluang bersemuka dengan penulis dalam sesi khas dan mendapat hadiah buku-buku tulisan penulis berserta tanda tangan
BAGAIMANA ANDA BOLEH MENYUMBANG?
1. Klik “Support this campaign.”
2.
Pilih Bank Transfer atau FPX.
3.
Letakkan jumlah dana yang hendak disumbang.
4.
Hantarkan nama, resit pembayaran dan alamat kepada kami. (Nanti nyatakan
di rujukan 'Penerangan Agama' semasa nak transfer).
Boleh
nanti hantar resitnya ke no tel. 010-9291907.
#sebarkanilmu
#lunturkankejahilan
#kukuhkanagama
#dambakanredhailahi
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 500 | |
Anonymous | RM 300 | |
Anonymous | RM 200 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 70 | |
Anonymous | RM 30 | |
Anonymous | RM 30 |