MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Kanak-Kanak / For Children

TEMPUA DAN PUYUH

Puyuh dan Tempua adalah buku bergambar kanak-kanak memaparkan nilai murni kehidupan Puyuh dan Tempua yang cuba untuk menyelami gaya hidup masing-masing melalui pengalaman bermalam di sarang berbeza.

RM 3000.00 / 3000.00 terkumpul

100.00%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut

KEMPEN UMUM

Saudara dan saudari, melalui danabuku.com, anda adalah sebahagian daripada nyawa buku bergambar Puyuh dan Tempua. Saya sediakan idea, anda dana dan kita akan baca bersama-sama.

Puyuh dan Tempua adalah buku bergambar kanak-kanak memaparkan nilai murni kehidupan Puyuh dan Tempua yang cuba untuk menyelami gaya hidup masing-masing melalui pengalaman bermalam di sarang berbeza.

Bukanlah soal sarang atau kebaikan mahupun kelemahan yang menjadi taruhan tetapi ibrah rasa bersyukur dan saling memahami erti kehidupan itulah yang mahu dinatijahkan melalui penghasilan buku bergambar kanak-kanak ini. Malah, pada ilustrasi menarik yang menjadi sumber kekuatan buku ini diserlahkan nilai dan pedoman gaya hidup bagi memastikan buku ini karya yang sangat sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak dan dewasa.

Tanpa dana, buku ini tidak dapat dicetak. Jadi, anda adalah kita. Kita saling memerlukan dana buku ini  untuk sama-sama  membaca buku Puyuh dan Tempua. Jadi, Jom sama-sama dana buku ini!

 

Klik, sebar dan sama-sama danai kempen ini.

 

MAKLUMAT LANJUT

Usaha menanamkan minat membaca dalam kalangan anak-anak adalah tugas kita semua. Malah, dengan penghasilan buku bergambar Puyuh dan Tempua ini akan menyatukan kita dalam sebuah buku yang hasratnya membangun jiwa anak-anak supaya mempunyai nilai murni dan saling memahami antara satu-sama lain.

 

Puyuh dan Tempua merakam nilai universal hidup yang memerlukan saling memahami antara keadaan yang pelbagai. Tingginya sarang Tempua tidak bermakna selamat daripada malapetaka. Rendahnya letak sarang  Puyuh pula yang disangka tidak selamat, sebenarnya dibina dengan tekun dan teliti. Jadi, analogi ini sangat menarik untuk kita jadikan sempadan dalam kehidupan.

 

Justeru, dengan sumbangan dana anda, ia akan membantu proses suntingan, reka letak kaver  dalam sehinggalah  proses cetakan buku ini.

 

Melalui dana RM3000 yang dikumpulkan melalui platform ini, kami berhasrat untuk menghadiahkan penyumbang senaskhah buku ini sebagai tanda persahabatan. Sumbangan minimum sebanyak RM20 akan menerima senaskhah buku ini. Mohon whatsapp nama, alamat dan nombor telefon kepada Puan Naemah di talian 012-3806835.

 

Ingat mesej ini, kita adalah sebahagian daripada usaha menerbitkan buku ini. Saya sediakan karya, anda sediakan dana, akhirnya kita sama-sama baca buku Puyuh dan Tempua.

Sahabatmu, Naemah Ismail

Tiada komen pada kempen ini.

#
Funder Amount
1
Anonymous RM 1000
2
Anonymous RM 700
3
Anonymous RM 500
4
Anonymous RM 200
5
Anonymous RM 100
6
Anonymous RM 100
7
Anonymous RM 85
8
Anonymous RM 65
9
Anonymous RM 50
10
Anonymous RM 50