MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Sains Sosial / Social Sciences

DUNIA TANPA BUNYI

Peranan seorang Guru Pendidikan Khas adalah amat besar dalam mendidik anak-anak murid kurang upaya. Mendidik bukan sahaja berfokuskan kemenjadian murid di dalam bilik darjah, namun berterusan secara optimum di luar bilik darjah. Bagi Guru Pendidikan Khas Murid Kurang Upaya Pendengaran pula,  mendidik anak murid yang tidak boleh mendengar merupakan satu pengalaman berharga yang dinilai dari pelbagai aspek yang menarik.

 

            Pengalaman pertama kali mengajar mereka sudah semestinya menjadi inspirasi menyusuri perjalanan kerjaya. Terpilih untuk menjadi Guru Pendidikan Khas terutama mengajar murid kurang upaya pendengaran diterima dengan semangat juang yang jitu. Mempersiapkan keperibadian diri dalam memikul amanah dan menyantuni anak-anak istimewa agar dapat membuahkan hasil yang bermanfaat.

 

Mendidik murid kurang upaya pendengaran ini menjadikan mereka serba boleh dalam memastikan anak murid mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya. Mengenali anak murid ini menjadikan para guru ini sentiasa berasa ingin melakukan sesuatu yang lebih daripada kelaziman mereka. Demi meletakkan anak murid ini mampu bersaing dengan murid arus perdana.

 

Hubungan murid dan guru bukan sekadar di dalam kelas, namun berterusan hingga ke rumah. Kesediaan dalam membantu anak murid mereka ini walau di mana berada sudah menjadi keazaman dan rutin kehidupan diri mereka.

 

Kegigihan para guru ini dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran untuk melunaskan amanah diberikan mencetuskan idea untuk berkongsi pengalaman mereka. Pelbagai ragam anak murid dan pengalaman terakam di dalam memori para guru ini yang akhirnya memberikan asbab kepada mereka untuk terus mendidik dan menunaikan tanggungjawab.

 

Berdepan dengan cabaran yang bukan sedikit memberikan pengalaman dan impak yang sangat terkesan dalam mendidik anak kurang upaya pendengaran. Bukan sahaja dari segi perjalanan kerjaya malah kehidupan seharian.

 

Kisah yang menginspirasikan semua dalam mendidik anak istimewa dengan semangat jitu dan kemahuan tinggi mereka sendiri. Bagaimana mereka meletakkan diri mereka di dalam dunia yang tidak boleh mendengar. Menyelami kekurangan untuk memberikan kesamaan dan kelebihan. Menyantuni anak didik mereka dengan penuh hikmah dan sudah tentu mengharapkan ibrah yang membawa rahmah untuk semua.

 

RM 2955.00 / 2800.00 terkumpul

100.00%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut


Mahukah anda membaca pengalaman istimewa guru-guru pendidikan khas mendidik anak-anak syurga?

Mahukah anda kami persembahkan kisah-kisah inspirasi merangkap panduan mendidik anak-anak syurga?

Mahukah anda kami paparkan jerih payah dan pengalaman guru-guru menyantuni anak-anak syurga yang dilahirkan istimewa?


Ya, manuskrip buku Dunia Tanpa Bunyi hanya selangkah untuk dicetak. Kegigihan para guru ini dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran untuk melunaskan amanah diberikan mencetuskan idea untuk berkongsi pengalaman mereka. Pelbagai ragam anak murid dan pengalaman terakam di dalam memori para guru ini yang akhirnya memberikan asbab kepada mereka untuk terus mendidik dan menunaikan tanggungjawab.Berdepan dengan cabaran yang bukan sedikit memberikan pengalaman dan impak yang sangat terkesan dalam mendidik anak kurang upaya pendengaran. Bukan sahaja dari segi perjalanan kerjaya malah kehidupan seharian. Kisah yang menginspirasikan semua dalam mendidik anak istimewa dengan semangat jitu dan kemahuan tinggi mereka sendiri. Bagaimana mereka meletakkan diri mereka di dalam dunia yang tidak boleh mendengar. Menyelami kekurangan untuk memberikan kesamaan dan kelebihan. Menyantuni anak didik mereka dengan penuh hikmah dan sudah tentu mengharapkan ibrah yang membawa rahmah untuk semua.


Namun, sidang penulisnya memerlukan tambahan dana percetakan untuk memastikan buku ini sampai kepada pembaca. Ia pengalaman yang bakal kita sama-sama kongsikan. Kami sidang penulis tampilkan pengalaman kami, sahabat-sahabat danai sama-sama kos cetakan buku ini, akhirnya kita sama-sama baca bersama. Kami memerlukan RM2820 untuk membiayai kos percetakan buku ini. Dana sumbangan anda adalah sebahagian daripada nyawa buku ini. Setiap sen daripada sumbangan anda akan menjadi saham akhirat berpanjangan selagi buku ini dimanfaatkan. 


Setiap sumbangan minima sebanyak RM20 akan menerima senaskhah buku ini sebagai hadiah tanda persahabatan kita. Setelah membuat sumbangan, jangan lupa untuk berikan nama, alamat dan nombor telefon kepada Aina 013-3613516


Jadi, jom sama-sama danai buku ini. 


Sahabatmu

Aina.



04/04/2022

Anonymous

Pendana : Ain Zulkifli


04/04/2022

Anonymous

Semoga Allah mudahkan urusan kalian.


31/03/2022

Anonymous

Pendana 1 Hamba Allah (rm200) Pendana 2 Atikah Rahman


31/03/2022

Anonymous

Pendana : Norafiqah


30/03/2022

Khadijah Zaki

Khadijah Zaki 017-2983847 khadijah.zaki@yahoo.com All the best!


27/03/2022

Anonymous

Pendana : Azizah Salleh


25/03/2022

Anonymous

Pendana : Junainah Ibrahim


11/03/2022

Anonymous

Abdullah Yacob


06/03/2022

Anonymous

Payment melalui toyyib pay buku dunia tanpa bunyi


#
Funder Amount
1
Anonymous RM 370
2
Anonymous RM 300
3
Anonymous RM 230
4
Anonymous RM 200
5
Anonymous RM 120
6
Anonymous RM 100
7
Anonymous RM 100
8
Anonymous RM 100
9
Anonymous RM 100
10
Anonymous RM 100