MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Agama / Religious

An Introduction to Islamic Financial System in Malaysia

This book presents a brief introduction of Islamic financial system in Malaysia including Shariah principles, historical background, Islamic financial institutions, Islamic financial markets and related issues. This book is unique with a simple presentation so its topics can be understood by students and the public, especially for beginners. Thus, it is suitable to be considered as a module or main reference for students who their specialization in Islamic finance.

 

RM 3125.00 / 3000.00 terkumpul

100.00%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut

Saya merupakan pensyarah dalam bidang kewangan Islam dan Syariah. Sejak tahun 2018, antara subjek yang diajar adalah Islamic Financial Market and Institutions (dalam bahasa inggeris). Subjek ini memberi pendedahan kepada para mahasiswa dalam bidang kewangan Islam, perniagaan, ekonomi dan perakaunan akan konsep asas sistem kewangan Islam di Malaysia. Contoh-contoh aplikasi oleh institusi kewangan Islam dan pasaran kewangan Islam turut disertakan.

Sebelum ini saya menyediakan slide pembentangan yang kemudiannya dijadikan nota untuk rujukan mahasiswa. Begitu juga beberapa buku rujukan dicadangkan untuk mereka. Namun, saya melihat adalah satu keperluan menyediakan buku rujukan khas yang akan menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran lebih efisyen.

Mengapa tidak menerbitkan di rumah penerbitan universiti?

Seperti cabaran yang dilalui oleh penulis-penulis lain, proses saringan di rumah penerbitan universiti mengambil masa yang agak lama, sedangkan buku ini akan digunapakai oleh pelajar pada semester hadapan.

Bagaimana dengan aspek kualiti?

Dengan latarbelakang akademik saya dan juga penulis kedua Dr Hashim Ahmad dalam bidang yang sama, ditambah pengalaman mengajar saya untuk subjek ini yang sudah masuk semester ke empat, saya percaya kami mempunyai kredibiliti dalam menghasilkan karya ini. Saya sendiri telah menghasilkan tiga buku akademik dan lebih 20 artikel akademik dalam bidang kewangan Islam. 

Dari segi kualiti bahasa, saya menggunakan khidmat MathsProofread yang bertapak di Nilai, Negeri Sembilan.

Untuk apa dana ini digunakan?

Kami ingin menampung kos proofread (RM 500.00), Kos susun atur (RM 500.00) dan kos cetakan (RM 2,000)

Oleh kerana percetakan kali ini 100% dana awam, pelajar akan diberi diskaun sehingga 50% untuk membeli buku ini (bakal dijual dengan harga RM 35.00).

100% hasil jualan akan dijadikan modal untuk rumah penerbit baru yang kami tubuhkan iaitu Shariah wisdom. Rumah penerbitan ini bertujuan menghasilkan modul dan buku rujukan untuk mahasiswa universiti dalam bidang Shariah, kewangan Islam dan keusahawanan.

Bila projek ini akan selesai?

Sehingga saat ini, proses proofread dan susun atur telah selesai. Jika tiada aral melintang, pada 10 Januari 2023, manuskrip ini akan masuk kilang untuk dicetak sebanyak 200 naskhah.

 1 Februari dijangka akan selesai dan jika berlaku kelewatan seminggu, masih sempat sebelum semesta baharu bermula

 Mengapa anda perlu mendana?

Kami ingin membawa konsep akademia dan masyarakat menyumbang untuk ilmu di universiti. Kami menyumbang ilmu dan penulisan manakala masyarakat menyumbang dana. Hasil ini akan dinikmati generasi muda dalam kalangan mahasiswa kewangan Islam. Bidang kewangan Islam sangat penting di tanah air bagi memastikan sistem kewangan patuh syariah dapat dipertahan dan diperbaiki dari semasa ke semasa untuk ummah. Justeru, amat penting melahirkan modal insan yang berkualiti dan cemerlang dalam bidang ini.

Sumbangan sebanyak RM 50 ke atas melayakkan anda mendapatkan karya ini jika anda inginkan.

Kami perlukan 60 pendana yang mampu menyalurkan RM 50.

Atau 30 pendana yang sudi menyalurkan RM 100.

Atau sebarang apa sahaja jumlah dana, kami sangat hargai. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Dr Hashim (+60 19-239 1201) 

Segala sokongan tuan-tuan dan puan-puan saya ucapkan dengan jazakallahu khairan jaza'.

Yang ikhlas
Penulis,
Dr. Muhammad Shahrul Ifwat Bin Ishak
Dr. Hashim Bin Ahmad Shiyuti

09/01/2023

NUR KHAIRINA BINTI KHAIRUDDIN

Semoga buku ini dapat membantu pelajar lebih memahami sistem kewangan islam di Malaysia


#
Funder Amount
1
Anonymous RM 1000
2
Anonymous RM 561
3
Anonymous RM 300
4
Anonymous RM 250
5
Anonymous RM 175
6
Anonymous RM 120
7
Anonymous RM 100
8
Anonymous RM 100
9
Anonymous RM 75
10
Anonymous RM 50