MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Puisi / Poetry

Manusia yang Diikat Jamin Tuhan (inisiatif buku pertama)

Sumbangan anda merupakan serampang dua mata – selain daripada menggerakkan inisiatif ‘projek buku debut’ ini, anda juga akan menerima naskhah buku berdasarkan jumlah sumbangan anda seperti di bawah: PAKEJ A: Sumbangan RM1 – RM30 : Ucapan penghargaan PAKEJ B: Sumbangan RM31 – RM52 : Senaskhah buku dipos ke rumah PAKEJ C: Sumbangan RM53 – RM74 : 2 naskhah buku dipos ke rumah PAKEJ D: Sumbangan RM75 – RM96 : 3 naskhah buku dipos ke rumah PAKEJ E: Sumbangan RM97 – RM118 : 4 naskhah buku dipos ke rumah PAKEJ F: Sumbangan RM119 ke atas : 5 naskhah buku dipos ke rumah Sokongan anda terhadap penulis, inisiatif ‘Projek Buku Debut’, dan Tukang Puisi amat kami hargai. Moga sastera Malaysia, khususnya penulisan puisi akan terus subur dan hidup.

RM 1464.00 / 1650.00 terkumpul

88.73%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut

‘Manusia yang Diikat Jamin Tuhan’ merupakan buku puisi debut (sulung) Khoo Phau Liang, penulis dari Kelantan yang giat menulis puisi dan menterjemah karya terutama dari bahasa Cina. Sebagai penulis baru, KPL telahpun berjaya menunjukkan identiti atau ‘signature’ kepengarangan yang jelas dengan menyorot subjek yang dekat dan domestik dengan bahasa bersahaja tetapi sudut pandang dan persoalan yang di luar jangkaan. Ini adalah salah satu judul awal dalam inisiatif ‘Projek Buku Debut’ yang dikendalikan oleh platform ‘Tukang Puisi’. Matlamat projek ini adalah membantu penulis-penulis baru, terutama yang berpotensi dalam menghasilkan naskhah puisi pertama mereka dengan baik. Ini sekaligus memastikan sastera Malaysia terus menghasilkan penulis dan naskhah yang kompetitif dan berkualiti. Bagi menjadikan inisiatif ini sesuatu yang berterusan serta melibatkan lebih ramai penulis-penulis ‘buku pertama’ – kami amat mengharapkan sokongan dan bantuan rakan-rakan, khususnya pembaca dan peminat puisi untuk menyumbang sedikit dana.

16/05/2024

Anonymous

Moga terus maju


16/05/2024

Mi

.


16/05/2024

Anonymous

Bagus.


13/05/2024

Anonymous

Saya pra pesan senaskah


11/05/2024

Anonymous

Terima kasih


10/05/2024

Anonymous

Bagus


09/05/2024

ALECIA Chin Fat

Good luck


08/05/2024

Tiyu Chan Ling

Tahniah kepada Cikgu Khoo.


07/05/2024

AMIRULLAH BIN AB RAHMAN

Semoga dipermudah segala urusan Tukang Puisi dan Penulis Khoo Phau Liang untuk menghasilkan naskhah ini.


05/05/2024

LOW ZI XIN

Terus berusaha!


05/05/2024

Anonymous

Good luck, teruskan menulis deh


05/05/2024

Anonymous

gambateh


05/05/2024

Anonymous

Semoga harapan menjadi kenyataan


05/05/2024

Anonymous

Syabas dan tahniah, sahabat yang berbakat. Teruskan Kecemerlanganmu


05/05/2024

Anonymous

Harap berjaya


04/05/2024

Anonymous

Semoga Cikgu Khoo terus berkarya ...


04/05/2024

Soo KL

Semoga terus Cemerlang. Syabas!


03/05/2024

Anonymous

Semoga terus menghasilkan karya² yang hebat.


03/05/2024

Anonymous

Terbaik Cikgu Khoo Teruskan usaha murni berkarya & menghasilkan santapan minda yang berkualiti.


02/05/2024

Anonymous

Semoga urusan dipermudahkan


02/05/2024

Siti Nurbazilah Binti Abu Hassan

Semoga terus maju menulis puisi-puisi indah yang membuai jiwa.


02/05/2024

Anonymous

Saya sokong usaha murni ini. Semoga terus berjaya di masa hadapan!


01/05/2024

Yeo Ley Min

👍


01/05/2024

NA Ismail

All the best!


01/05/2024

Airul Affendi Ali

Usaha ya g baik


30/04/2024

Lee Hao Jie

Tahniah seribu tahniah! Kulit keras bila lagi?


30/04/2024

Yvonne Chew

Congratulations!


#
Funder Amount
1
Soo KL RM 200
2
Lee Hao Jie RM 119
3
Yvonne Chew RM 100
4
Anonymous RM 100
5
Mi RM 100
6
Anonymous RM 100
7
Anonymous RM 80
8
Anonymous RM 50
9
Anonymous RM 50
10
Anonymous RM 50