MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Kanak-Kanak / For Children

Asal Usul Padi

Dua watak dalam cerita ini diwakili oleh Tanggas dan Enggang. Tanggas mewakili masyarakat Orang Asli. Manakala Enggang mewakili masyarakat haiwan. Nasihat bijak dipaparkan  menerusi  dua watak  di dalam buku ini dan dikombinasikan dengan  aktiviti  seharian. Tujuannya adalah  untuk menyemai dan mengintegrasikan nilai-nilai  murni seperti rajin berusaha, menepati janji dan  belas ihsan  kepada kanak-kanak. Pemupukan nilai-nilai ini perlu agar  menjadi suatu kekuatan moral yang terpahat di jiwa dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Keutuhan nilai-nilai murni menjadikan kehidupan  masyarakat Orang Asli rukun dan damai. Kisah ini boleh menjadi teladan kepada semua kanak-kanak. Di samping menyuntik nilai-nilai murni, dengan membaca buku cerita ini, kanak-kanak  dapat meningkatkan pengetahuan tentang kehidupan masyarakat Orang Asli. Pembaca khususnya kanak-kanak juga turut didedahkan dengan latar tempat  dan sumber ruji masyarakat Orang Asli.

RM 2080.00 / 2000.00 terkumpul

100.00%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut

Oleh sebab berstatus penulis baharu, kami menghadapi kesukaran untuk menerbitkan buku ini dengan syarikat tersohor di negara kita. Walau bagaimanapun kami  mempunyai harapan yang sangat tinggi agar buku ini dapat diterbitkan dengan kadar segera. Justeru kami mencari alternatif dengan cara swa-terbit. Namun  kami  berhadapan dengan masalah kewangan.  Diharapkan buku ini menjadi inspirasi dan memberi motivasi  kepada kami untuk terus menghasilkan penulisan sebagai sumbangan ilmu kepada masyarakat. Seterusnya menyemarakkan minat suka membaca khususnya dalam kalangan kanak-kanak. InsyaAllah  kanak-kanak, ibu bapa, guru dan masyarakat akan mendapat manfaat menerusi nasihat dan ilmu yang terkandung dalam buku ini.

Dalam masa yang sama, buku ini merupakan cerita yang berkisar dalam masyarakat Orang Asli. Cerita ini telah disampaikan oleh  ketua masyarakat Orang Asli kepada penulis. Penulis merasakan cerita yang disampaikan ini mempunyai nilai estetika  yang tersendiri. Tanpa dibukukan cerita ini akan berkubur ditelan zaman.  Secara umumnya cerita ini bertemakan  nasihat kehidupan.  Di samping itu turut  mempunyai nilai etika dan moral, etnologi, ekologi dan  ekonomi. 

Sebagai menghargai budi para penyumbang  pihak kami akan memberikan imbalan  seperti berikut:

i.  Mencatat nama penyumbang di dalam buku ini.

ii. Memberikan buku ini  sebagai hadiah (bergantung kepada jumlah sumbangan) seperti berikut;

A. RM 10- RM 20 :   Ucapan penghargaan.

B. RM 30  :   buku  tanpa pos (ambil sendiri atau  dihantar  jika berdekatan) dan ucapan penghargaan

C. RM 50 : buku di hantar secara pos  dan ucapan penghargaan.

D. RM 100 dan ke atas :  buku (2 buah) di hantar secara pos  dan ucapan penghargaan.


Penyumbang pakej A, mohon  maklumkan nama.  Penyumbang pakej B, C dan D, mohon whatsapp nama dan alamat.

Sila whatsapp di nombor : 013 5159982


Bagaimanakah dana ini akan dimanfaatkan?

Dana daripada para penyumbang akan dimanfaatkan untuk kos berikut:

i.  Kos edit

ii. Kos layout

iii. Kos ilustrator

iv. Kos pos laju


Semoga Allah rahmati sumbangan anda semua

ZANARIAH MAT ISA & MAZRI ABDUL RAHMAN

05/03/2021

Anonymous

Semoga dpt bg manfaat 😊


06/02/2021

Anonymous

Done transfer sumbangan 100


06/02/2021

Anonymous

A very good effort, a lot of children should benefit from this. Insya-Allah.


04/02/2021

Anonymous

InsyaAllah


01/02/2021

Anonymous

Semoga segala urusan untuk menjayakan buku ini dipermudahkan.


25/01/2021

Anonymous

Semoga berjaya.teruskan usaha yang murni ini


20/01/2021

Anonymous

Usaha yang sangat baik. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.


15/01/2021

Anonymous

sEMOGA AMAL DI TERIMA ALLAH...NAAI AHMAD


#
Funder Amount
1
Anonymous RM 100
2
Anonymous RM 100
3
Anonymous RM 100
4
Anonymous RM 100
5
Anonymous RM 100
6
Anonymous RM 100
7
Anonymous RM 100
8
Anonymous RM 100
9
Anonymous RM 100
10
Anonymous RM 50