Dalam kehidupan kita seringkali didedahkan dengan pelbagai isu yang melibatkan hak-hak manusia, sama ada dalam atau di luar negara. Saban hari terpapar di dada akhbar atau di kaca televisyen berita bayi menjadi mangsa dera, kanak-kanak yang menjadi buruh paksa, golongan remaja yang menjadi pelacur dan pelbagai lagi isu yang melibatkan hak asasi manusia. Sebagai respon, muncul golongan yang memperjuangkan hak asasi manusia dengan pelbagai tujuan dan matlamat tersendiri. Ada yang berjuang demi tujuan politik, ada yang demi kepentingan peribadi, kumpulan atau pertubuhan yang disertai dan banyak lagi. Apakah yang dimaksudkan dengan hak asasi manusia? Hak asasi manusia merupakan perkara yang rumit untuk difahami, namun ia perlu dipelajari terutamanya dari perspektif agama agar dapat menjamin kebahagian hidup manusia dan dalam masa yang sama mencapai redha Allah.
Kempen telah tamat
Saya ada satu manuskrip buku untuk diterbitkan, namun
memerlukan dana yang sedikit tinggi untuk menjadikan ia realiti.
Jom sama sama menyumbang agar buku saya ini berjaya
diterbitkan.
Dengan konsep crowdfunding oleh fundmybook.my, dengan
bantuan dana dan sumbangan anda semua, ia boleh menjadi kenyataan.
InsyAllah.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan,
projek ini boleh dikategorikan sebagai konsep perkongsian amal, di mana saya
sebagai penulis menghasilkan manuskrip dan anda sebagai penyumbang menerima
buku hasil dana terkumpul. Atau dengan kata lain, kita sama-sama mengumpul
saham berpanjangan.
Apa yang boleh saya usahakan kepada saudara dan saudari yang
menyumbang ke dalam projek penerbitan buku ini berdasarkan pakej berikut:
Pakej A: Sumbangan RM 1-RM20: Ucapan penghargaan
Pakej B: Sumbangan RM30-Senaskhah buku di pos ke rumah
Pakej C: Sumbangan RM 50- 2 naskhah buku dipos ke rumah
Pakej D: Sumbangan RM200-5 naskhah buku dipos ke rumah
Sekiranya, mempunyai apa-apa persoalan dan kemusykilan,
tuan-tuan dan puan-puan boleh berhubung dengan saya melalui Whatapps, Telegram
atau terus hubungi di talian 014-5342770. Saya ucapkan ribuan terima kasih
kepada bakal penyumbang.
Sekian terima kasih,
Wan Ahmad Fuad
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 99 | |
Anonymous | RM 50 | |
Noor Fadzlina Mohd Fadhil | RM 50 | |
Anonymous | RM 50 | |
Anonymous | RM 50 | |
Anonymous | RM 50 | |
Anonymous | RM 50 | |
Anonymous | RM 50 |