MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Agama / Religious

QURAN FOR ALL - Kanvas Tadabbur Tazakkur

Buku Quran for all membawa mesej al-Quran untuk semua. Buku ini dicetuskan bagi meraikan pelbagai  lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang maupun tahap pendidikan, agar berpeluang mendekati al-Quran dan berinteraksi dengan ayat-ayat Allah. Buku ini membawa satu harapan besar dalam melebarkan peluang untuk lebih ramai lagi  masyarakat awam agar dapat berhubung langsung (connected) dengan al-Quran melalui pendekatan awal dalam berinteraksi dengan al-Quran.

Buku Quran for all   ini dilengkapkan bersama dengan Kanvas Tadabbur Tazakur yang berfungsi sebagai medium berupa alat bantu, juga sebagai pemudahcara  bagi pemula (beginner). Buku ini terbahagi kepada 2 segmen, dimana ianya membawa pembaca tentang; 

1.  Apa dan Kenapa? ( Know, What & Why )
2. Bagaimana? ( Know, How)

Kanvas Tadabbur Tazakkur berkonsepkanmesra pengguna’ di mana ianya disusun secara lebih berstruktur, menurut tahap demi tahap terutamanya bagi yang belum lagi mampu menguasai Bahasa Arab.  Kanvas ini mengaplikasikan pendekatan awalan  yang disesuaikan untuk warga awam dari pelbagai peringkat, dalam usaha memulakan langkah awal  untuk berinteraksi dengan al-Quran.

Al-Quran untuk semua. Al-Quran diturunkan oleh Allah Ar Rahman buat seluruh umat manusia.

“(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”

(Surah Al Imran 3 : 138)

RM 2525.00 / 2500.00 terkumpul

100.00%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut

Buku ‘Quran For All’ dilengkapi bersama Kanvas Tadabbur Tazakkur. Ini merupakan satu usaha awal bagimembuka pintu’ agar lebih ramai warga awam berpeluang mendekati al-Quran dan berinteraksi dengan ayat-ayat Allah tanpa mengira tahap dan latarbelakangKerisauan sebahagian dari warga awam untuk mempelajari al-Quran kerana merasakan diri kurang layak. Antaranya  adalah kerana berasa belum mahir membaca al–Quran dan masih belum mampu menguasai Bahasa Arab.  Keadaan ini sering menganggu dan meresahkan mereka.

Ada sesetengah yang menjauhkan diri hanya kerana berasa diri tidak layak untuk mengikuti program-program berinteraksi dengan al-Quran walaupun sebenarnya mereka punya keinginan untuk belajar dan  mendekati al-Quran. Keadaan ini tidak wajar dibiarkan atau menjadi sebab bagi sesiapapun untuk menjauhkan diri dari ayat-ayat Allah hanya kerana realiti ini

Buku ‘Quran For Allmembawa satu harapan besar dalam melebarkan peluang untuk lebih ramai lagi anggota masyarakat agar dapat berhubung langsung (get connected) dengan al-Quran melalui pendekatan awal dalam berinteraksi dengan al-QuranSemoga dengan kehadiran buku ini juga, dapat membantu dalam membina jambatan yang semakin mendekatkan masyarakat awam kepada al-Quran.

Namun hasrat untuk menerbitkan buku ini tidak dapat direalisasikan kerana saya tidak mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi untuk menerbit sendiri. Oleh itu saya telah menyertai projek FundMyBook yang dicetuskan oleh Dr Shahrul Ifwat melalui platform CrowdFunding  iaitu pendanaan awam. Sistem ini dibina bersama team penyelidik dari UniSZA.

Manuskrip buku ini telahpun dihantar kepada salah sebuah rumah penerbitanAlhamdulillah,  telah diterima untuk diterbitkan namun rumah penerbitan tersebut  hanya menawarkan potongan 40 % dari harga buku setelah diterbitkan nanti dan  tidak membayar sebarang royalti kepada penulis

Saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan sudi bersama saya dalam melebarkan misi al-Quran ini. Sudilah kiranya membantu dan menyumbang dalam projek FundMyBook ini.  Semoga buku ini dapat diterbitkan dan direalisasikan buat manfaat warga awam. Saya menulis dan tuan puan membantu menyumbang dana. Semoga ianya menjadi legasi kita bersama. Didoakan agar sumbangan dan infaq dari tuan puan, menjadi saham berpanjangan dalam melebarkan lagi misi baca, faham dan amal al-Quran. Semoga usaha kecil dan legasi bersama ini, diterima sebagai amal soleh yang mengalir pahala yang berpanjangan di sisi Allah. 


Sebagai menghargai budi baik para penyumbang yang dihormati, pihak kami akan memberikan imbalan seperti berikut.

Pakej A. RM 1 -20 : Ucapan penghargaan serta sijil penghargaan ( dalam bentuk soft copy)

Pakej B. RM 30 : Buku tanpa pos (ambil sendiri atau dihantar jika berdekatan) dan sijil penghargaan ( dalam bentuk soft copy)

Pakej C. RM 50 : Sebuah buku dihantar secara pos dan sijil penghargaan ( dalam bentuk soft copy)

Pakej D. RM 100 dan ke atas : 2 buah buku dan  dihantar secara pos dan sijil penghargaan ( dalam bentuk soft copy)

Pakej E. RM 200 dan keatas : 5 buah buku dan dihantar secara pos dan sijil penghargaan ( dalam bentuk soft copy)


Semua penyumbang mohon whatsappkan nama dan alamat.

Sila whatsapp ke nombor : 013 9278227

Tiada komen pada kempen ini.

#
Funder Amount
1
Anonymous RM 400
2
Anonymous RM 300
3
Zakiah binti Yob RM 300
4
Anonymous RM 259
5
Nur Syiham Mohd Shukri RM 200
6
Anonymous RM 100
7
Anonymous RM 100
8
Anonymous RM 100
9
Anonymous RM 100
10
Anonymous RM 100