MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Agama / Religious

Anakmu Sebenarnya Raja

Buku Anakmu Sebenarnya Raja dihasilkan daripada rasa kasih dan cinta seorang bapa kepada anaknya. Dilema di antara betul atau salah dalam melayani anak menyebabkan  timbul persoalan pada diri penulis, "bagaimana kasih dan sayang Kekasih Allah Sallallahu alaihi wasallam kepada anak dan cucunya.  Semestinya kita perlu mengimani bahawa hanya sunnah Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang membawa kejayaan di dunia dan di akhirat.

Oleh itu, buku ini cuba memuatkan secara ringkas dan padat mengenai maqam (kedudukan) anak yang sepatutnya diberikan oleh ibu bapa agar tidak menjadi ibu atau bapa yang derhaka terhadap anaknya. Amalan-amalan beserta hukum mengenai persediaan sebelum semasa dan selepas menyambut anak turut disertakan. 

Semoga dengan penghasilan buku ini dapat memberi manfaat kepada diri penulis dan pembaca semuanya.

RM 2500.00 / 2500.00 terkumpul

100.00%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut

Kenapa sumbangan tuan/puan amat penting dalam penghasilan buku ini?

Kita AKAN menggunakan dana anda untuk mempercepatkan proses :

- Penyuntingan Akhir

- Reka Bentuk Grafik

- Percetakan 

- Pengedaran Buku dan Pengeposan Pos Laju

"Semakin banyak dana yang dikumpul, semakin banyak buku ini dapat dimanfaatkan kepada golongan lain."


PENGHARGAAN ATAS SUMBANGAN ANDA

Sebagai menghargai budi para penyumbang pihak saya akan memberikan imbalan dalam dua bentuk iaitu:

i. mencatatkan nama penyumbang di dalam buku ini. 

ii. Memberikan buku ini  sebagai hadiah (bergantung kepada jumlah sumbangan) seperti berikut;

A. RM 1- RM 15 : Ucapan Penghargaan 

B. RM 15 : Buku Tanpa Pos

C. RM 20 : Buku dan Pos Laju

D. RM 50 : Buku Pos Laju dan Penghargaan di dalam buku

E. RM 200 : (5) Buku, Pos Laju, Penghargaan Khas di dalam buku.

Bagi sumbangan pakej B-E, sila whatsapp alamat pengeposan kepada nombor 0163263109. Manakala pakej A memaklumkan nama kepada saya. 


JOM BERSAMA SERTAI KEMPEN INI

Langkah 1: Klik support this campaign

Langkah 2: Pilih Bank Transfer atau FPX

Langkah 3: Masukkan jumlah sumbangan

Bagi sumbangan pakej B-E, sila whatsapp alamat pengeposan kepada nombor 0163263109. Manakala pakej A memaklumkan nama kepada saya


Tentang Saya

Hasibullah bin Roslan merupakan anak jati kelahiran Kampung Buntal, Kuching, Sarawak. Menamatkan pengajian Diploma Pendidikan Lepas Ijazah 2019 di IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan,  Ijazah Sarjana Muda di Universiti Ali Al-bayt, Jordan dalam bidang Fiqh Wa Usuluh pada tahun 2013 dan sedang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana dalam bidang Pendidikan Islam di Universiti Terbuka Malaysia secara jarak jauh. Sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Di samping menjadi pengerusi masjid di usia muda, beliau aktif berceramah di sekitar Kuching dan kini berkhidmat sebagai Guru Dini di salah sebuah sekolah terkemuka di Sarawak.

Sebagai penutup, saya menjemput seluruh kenalan saya yang mengenali diri ini untuk menyumbang penerbitan karya saya, supaya ianya dapat memberi motivasi untuk saya terus menulis dan menyumbang kepada ummah. Buku yang dicetak juga akan disumbangkan secara langsung kepada institusi-institusi seperti surau, masjid, pejabat, sekolah dan perpustakaan sebagai salah satu bahan bacaan. Semoga melalui dana fundmybook ini menjadi sebuah amalan jariah yang besar kepada para penyumbang dana. Amiin Ya Rabbal Alamin

Terima Kasih.

23/04/2021

HAIRULNIZAM BIN RAZALI

Semoga berjaya dunia dan akhirat. Teruskan usaha dan istiqamah dalam perjuangan.


01/04/2021

Anonymous

Anakmu Sebenarnya Raja


01/04/2021

Anonymous

Semoga buku ini memberi manfaat untuk semua.


#
Funder Amount
1
Anonymous RM 500
2
Anonymous RM 500
3
HAIRULNIZAM BIN RAZALI RM 275
4
Anonymous RM 200
5
Anonymous RM 200
6
Anonymous RM 100
7
Anonymous RM 100
8
Anonymous RM 100
9
Anonymous RM 50
10
Anonymous RM 50