MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Travelog / Travelogue

NOVEL TRAVELOG: 3 HARI 2 MALAM

"Kita mungkin dalam kalangan ribuan manusia yang diuji oleh Allah swt, namun dipilih oleh-Nya untuk bernasib baik, agar dapat terus untuk mengucapkan syukur". 3 hari 2 malam bukanlah kisah percutian di hotel mewah bersama keluarga, 3 hari 2 malam bukan juga cerita saya melawat ke negara-negara Eropah dan mencari makanan yang lazat tetapi ia sebuah pengalaman menjadi ‘Alumnai’ Pesakit COVID-19. Perjalanan 12 hari yang tak pernah saya bayangkan akan terjadi dalam hidup saya. Ada suka dan ada duka. ia berakhir dengan banyak pengajaran.

RM 2490.00 / 2490.00 terkumpul

100.00%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut

Bismillahirrohmanirrohim.

Izinkan saya berkongsi pengalaman berharga saya bersama khalayak dan para pembaca. Saya bukan sesiapa dalam arena penulisan, tetapi sebagai orang baru yang cuba menghasilkan karya berkonsepkan travelog tarbiyyah untuk tatapan umum. 


Bukan mudah untuk menulis sebuah travelog, kerana ia seolah membuka peribadi diri untuk ditatap oleh orang lain. Saya bukanlah sesiapa, jauh sekali ikon masyarakat. Saya cuba menulis sesuatu yang keluar dari hati, dengan harapan ia dapat sampai ke hati pembaca.


Setiap penceritaannya, saya garap dengan baik agar ia dapat disampaikan dengan rasa rendah diri dan bukannya untuk dilihat bermegah-megah. Ada sisi yang tidak dapat saya ceritakan, biarlah ada sedikit sisa amal yang disimpan sebagai kenangan saya untuk Allah swt, agar ia menjadi jariah di hari akhirat kelak.


Anda tidak perlu menjadi pesakit covid19 untuk merasai pengalaman perit ini, cukuplah saya sahaja yang merasainya dan saya berkongsi pengalaman itu kepada anda. Bacalah naskhah kerdil ini.


_____________________________________________________________


Apresiasi: Saya kalungkan ucapan terima kasih kepada Dr Shahrul Ifwat (pensyarah UNISZA dan pasukannya) kerana telah memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan karya ini. Melalui wasilah #Fundmybook yang menggunakan sistem crowdfunding ini, penulis baru seperti saya dapat menonjolkan bakat tanpa halangan.



#Fundmybook ini meraikan 2 kategori dalam masyarakat. Mereka yang ingin membaca dan berinfaq, dan mereka yang ingin berinfaq supaya penulis dapat menghasilkan karya mereka. MashaAllah, sangat besar pahala itu yang boleh dibawa sehingga mati. Semoga para penyumbang termasuk dalam golongan orang yang beruntung, “walaupun jasadnya telah mati, tapi pahalanya masih hidup & terus mengalir”



Ke mana sumbangan anda akan dimanfaatkan?


A- Akan dijadikan sebagai modal percetakan karya ini


B- Sebagai hadiah kepada penyumbang (akan diposkan secara percuma)


C- Sebahagian buku akan diinfaqkan ke pusat ilmu yang terpilih


Penghargaan buat penyumbang:


A- Jika menyumbang RM40.00 (hadiah sebuah buku berserta pos percuma)


B- Jika menyumbang RM50.00 dan ke atas (hadiah sebuah buku & pos percuma termasuk nama penyumbang disebutkan dalam buku ini)


Bagaimana untuk menyumbang?



Langkah 1: Klik "support this campaign"



Langkah 2: Pilih cara pembayaran samada Bank Transfer atau FPX



Langkah 3: Letakkan jumlah sumbangan



Langkah 4:  Hantarkan nama & alamat anda kepada penulis untuk tujuan pengeposan hadiah buku tersebut selepas membuat proses sumbangan:


MOHD AFIQ BIN MOHD SALEH – 0193225761 (WhatsApp)

24/02/2021

Anonymous

Alhamdulillah, semoga membantu. All the best Afiq! 💪


#
Funder Amount
1
Anonymous RM 2000
2
Anonymous RM 100
3
Anonymous RM 100
4
Anonymous RM 100
5
Anonymous RM 60
6
RUZAIN Mansor RM 50
7
Anonymous RM 40
8
Anonymous RM 10
9
Anonymous RM 10
10
Anonymous RM 10