MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Umum / General

LELAKI PERLU DIFAHAMI UNTUK DICINTAI

Buku ini memaparkan panduan memahami lelaki buat wanita yang ingin mencipta perhubungan sukses bersama lelaki berdasarkan rujukan penulisan beberapa konsultan perhubungan terkenal antarabangsa dan daripada contoh sebenar pengalaman-pengalaman peribadi wanita di sekeliling penulis. Sebanyak 150 muka surat diperuntukkan bagi membincangkan kesilapan yang sering wanita lakukan dalam perhubungan, fakta mengenai lelaki dan petua serta panduan praktikal bagi mendapatkan perhubungan yang diimpikan.

RM 1070.00 / 1000.00 terkumpul

100.00%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut

Kenapa sumbangan tuan/puan sangat besar ertinya dalam penghasilan buku ini?



Sebagai seorang wanita, saya membesar dengan melihat wanita sering kali kecewa dan terluka apabila terlalu ingin mendapatkan cinta dari seorang lelaki. Hakikatnya, perkara tersebut terjadi kerana mereka tidak memahami sifat dan sikap lelaki.



Oleh itu, buku ini merupakan satu usaha dari pihak saya yang telah menjalankan kajian dan eksperimen melalui pengumpulan segala fakta berkaitan lelaki dalam perhubungan daripada pelbagai sumber dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris selama lima tahun. 



Saya dapati banyak sumber daripada Bahasa Inggeris mempunyai dapatan kajian yang lebih realistik kerana kajian dibuat berdasarkan soal-selidik yang melibatkan beribu-ribu responden selain daripada hasil sesi kaunseling oleh konsultan terlatih.



Saya juga telah menjalankan temubual secara langsung dengan pelbagai lapisan wanita di sekeliling bagi mengutip pengalaman peribadi mereka sebagai data sokongan.



Jika penulisan ringkas sebanyak 150 muka surat dalam Bahasa Melayu ini terhasil, saya harap dapat membantu wanita di luar sana mendapatkan perhubungan yang mereka impikan dan tidak lagi hidup dalam kekeliruan yang berpanjangan terhadap seorang insan bernama lelaki.


 

Harga yang diletakkan juga mampu milik iaitu RM20.00.



Sebagai penghargaan, sumbangan yang dibuat RM50 dan ke atas akan mendapat sebuah buku memoir bertajuk Memoir Mangsa Kekejaman Khmer Rouge Tahun 1975-79 beserta tandatangan penulis. Buku memoir tersebut merupakan satu koleksi pengalaman sebenar mangsa kekejaman Pol Pot dan berjumlah terhad kerana tidak diulang cetak.

Tiada komen pada kempen ini.

#
Funder Amount
1
Anonymous RM 500.00
2
Anonymous RM 500.00
3
Anonymous RM 30.00
4
Anonymous RM 20.00
5
Anonymous RM 20.00