MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Cerpen / Short Story

PROJEK CERPEN PELAJAR SEKOLAH

ANTOLOGI CERPEN REMAJA

DAKAPAN SAYANG

DAKAPAN SAYANG mengetengahkan kisah remaja yang ditulis oleh remaja untuk bacaan remaja. Kisah yang digarap ini sarat dengan emosi yang turun naik dan menggambarkan jiwa remaja yang sentiasa dahagakan kasih sayang. Dakaplah jiwa remaja kita dengan rasa sayang yang tidak terhingga.

DAKAPAN KASIH

DAKAPAN KASIH menghimpunkan kisah remaja yang ditulis oleh remaja untuk bacaan remaja. Kasih menaut rasa sayang. Remaja perlukan kasih untuk membentuk dir menjadi pembangun bangsa. Dakaplah mereka dengan penuh rasa kasih agar mereka mampu mencurahkan rasa kasih kepada insan yang lain.

DAKAPAN RINDU

DAKAPAN RINDU sarat dengan kisah remaja yang rindu akan belaian, sokongan, dorongan dan dakapan daripada insan yang tersayang. Luahan mereka menjadi wakil kepada jiwa remaa di luar sana. Usaha biarkan mereka hidup dalam kerinduan. Penuhi jiwa mereka dengan kasih, sayang dan cinta kita mereka.




RM 2550.00 /2500.00 terkumpul

100.00%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut

BAGAIMANA IA BERMULA?

Pada tahun 2017, saya diundang oleh sebuah sekolah untuk Bengkel Penulisan Kreatif. Saya diundang oleh guru yang turut merupakan guru saya dahulu. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dan 4 menyertai bengkel ini. Tamat sahaja program, terdapat cadangan untuk mengumpul semua karya pelajar terlibat dan diterbitkan dalam buku. Tatkala projek tersebut hampir siap, terdapat beberapa masalah dan kekangan yang menyebabkan usaha ini terhenti. 

Untuk pengetahuan anda, bagi merealisasikan hasrat adik-adik yang bersemangat ini, saya terus menguruskan hal-hal pra-penerbitan seperti rekaan kulit buku, suntingan karya, susunan reka letak dan atur huruf buku, dan semakan pruf. Namun, sebagai pengurus dan penerbit, buku-buku ini masih mempunyai kekangan kewangan untuk proses percetakan.

MENGAPA ANDA PERLU FUND BUKU INI?

Adik-adik ini selalu bertanya khabar buku mereka, adakah ia sudah diterbitkan? Semangat mereka tidak pernah padam. Maka, saya mengambil peluang menggunakan platform ini untuk mengajak anda bersama-sama merealisasikan impian mereka untuk memiliki buku sendiri. Dalam masa yang sama, sumbangan anda dapat menaikkan semangat mereka untuk terus menghasilkan karya. 

Cerpen yang dihasilkan pelbagai tema. Saya telah membaca kesemua cerita mereka. Kreativiti mereka dalam menghasilkan sebuah cerpen amat saya kagumi. pengolahan idea yang segar dan penceritaan yang lain daripada yang lain, sesuatu yang membanggakan. Mungkin dengan terbitnya buku ini, kreativiti mereka dalam penulisan akan lebih bercambah. Mungkin peluang mereka untuk melangkah lebih jauh dalam bidang penulisan lebih terbuka luas. bantu mereka untuk merealisasikan hasrat mereka. 

Sumbangan ini diperlukan untuk cetakan ketiga-tiga buku ini. Urusan prapenerbitan telah saya uruskan sebelum ini. Kami hanya memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan urusan penerbitan ini iaitu percetakan buku ini. 

BILA DIJANGKA SIAP?

Saya menjangkakan RAMADAN ini iaitu bulan April, manuskrip ini dihantar kepada pencetak. 

Jangkaan terbit: Mei 2021. 

APA YANG BERLAKU PADA BUKU YANG DICETAK?

Buat para penyumbang, saya akan mengkreditkan nama anda di bahagian penghargaan.

Saya juga menawarkan pakej sumbangan seperti berikut untuk memudahkan anda membuat sumbangan:

1. Pakej A: RM50 - satu set buku (Tiga judul akan dipos terus ke rumah anda)

2. Pakej B: RM100 - dua set buku (Tiga judul akan dipos terus ke rumah anda)

3. Pakej C: RM200 - enam set buku (Tiga judul akan dipos terus ke rumah anda)

Kepada semua penyumbang, minta hantarkan WhatsApp alamat ke nombor 018-3280829 untuk urusan pengeposan buku.

Jika ingin pihak saya mewakafkan buku, sila berikan maklumat tempat wakaf bagi memudahkan saya menguruskan buku wakaf anda. 

*Baki buku akan diberi kesemuanya kepada adik-adik para penulis ini untuk mereka uruskan sendiri. Samada mereka ingin menjual dan memberi hadiah.

Semoga sumbangan anda membantu kelancaran urusan penerbitan buku ini. Insya-Allah. Jom bersama-sama mengumpul pahala berpanjangan. 


SIAPA PENULIS (PELAJAR) YANG TERLIBAT?

Anna Jenal

Amira Dayana

Firuz Shah

Sitti Aishah

Sawamura-San

Nor Iwani Adzli

Nurfatin Nabila

Ammir

Usha Muthusamy

M. Nimsay

Aqilah Humairah

Fauzim Fahmi

Ezra Jamaluddin

Alieya Ariessa

Nurnadhirah Syahmi    


TENTANG SAYA: 


Nurul Syahida binti Hassan yang juga pengasas Syahida Hassan Enterprise, kini menetap di Shah Alam. Bergiat aktif dalam aktiviti penulisan, penerbitan dan jualan buku melalui media sosial dan laman web beliau sendiri iaitu www.syahidahassanenterprise.com. Beliau juga telah menerbitkan lebih 30 buah buku sejak tahun 2019 hingga kini. Beliau juga merupakan Setiausaha Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) dan aktif dalam kegiatan persatuan. Selain itu, beliau juga aktif dalam penganjuran acara-acara berkaitan sastera, penulisan dan penerbitan sama ada melalui perniagaannya sendiri atau melalui persatuan. 




· 

·  



27/04/2021

Anonymous

Good luck from cikgu afidah ❤️01131775824


#
Funder Amount
1
Anonymous RM 1000
2
Anonymous RM 500
3
Anonymous RM 220
4
Anonymous RM 100
5
Anonymous RM 100
6
Anonymous RM 100
7
Anonymous RM 50
8
Anonymous RM 50
9
Anonymous RM 50
10
Anonymous RM 50