Nila Kandi ialah sebuah naskhah antologi cerpen yang
menampilkan 11 karya siswa dan 1 karya khas editor buat tatapan pembaca. Tidak
bersasarkan pada suatu tema yang khusus, antologi ini mampu memperlihatkan
kepelbagaian dalam pembawaan ceritera daripada setiap penulis. Gabungan
daripada penulis empat generasi dalam jurusan yang sama ini nyatanya bukanlah
menjadi suatu penghalang untuk mereka berkongsi ruang dalam menghasilkan karya.
Telusurilah kisah mereka yang datangnya daripada pelbagai sumber ilham dan bayangan.
Sesungguhnya, penulisan bukan hanya untuk berkongsi rasa, malah juga
untuk mendatangkan detak rasa.
Kempen telah tamat
SIAPA PENUKIL NILA KANDI
Kumpulan cerpen Nila Kandi ini merupakan langkah pemula buat para penulis yang sebahagiannya baru sahaja bergelar alumni jurusan sastera di sebuah universiti kebangsaan. Ada yang masih di tahun akhir, graduan baru, pelajar sarjana dan juga senior yang sudah berpengalaman di arena ini. Menjadi penulis itu pada awalnya digambarkan sangat mudah. Namun, ternyata realiti untuk mencerap idea di kala malam bagi menyusun aksara di papan kekunci komputer itu amatlah membenamkan jiwa penulis ke dasarnya. Dengan serba sedikit ilmu yang diperolehi semasa di dewan kuliah universiti, akhirnya telah memberikan pendedahan dan pengalaman terbaik buat para penulis dalam menghasilkan karya sendiri. Ini adalah buah tangan dari kami sebagai seorang pelajar, graduan mahupun alumni di dalam jurusan sastera. Harapan untuk melihat karya diterbitkan di dalam naskhah buku fizikal amat kuat di dalam diri setiap barisan penukil. Buku ini adalah hadiah terbaik setelah 3 tahun berjuang di medan pengajian sastera sekali gus menjadikan ia sebagai suatu kenangan dan memori terindah sepanjang bergelar seorang penuntut di institusi pengajian tinggi.
HASRAT DARI KUTIPAN DANA
Mengapa kutipan dana ini dijalankan? Sebenarnya projek ini telah bermula sekitar Ogos 2020, iaitu ketika menjalankan latihan industri. Sasaran awal untuk naskhah ini diterbitkan pada awalnya adalah sekitar awal Februari 2021. Namun, melihatkan jumlah terkumpul untuk menampung kos penerbitan bagi menyelesaikan projek ini telah menjadikan buku ini terpaksa dilewatkan sehingga ke bulan April 2021. Kutipan bayaran yuran awal dari barisan penulis tidak mampu untuk menampung kos keseluruhan penerbitan yang meliputi kos suntingan, reka letak, kulit buku serta percetakan. Ini adalah kekangan dari sudut peruntukan wang untuk menyelesaikan projek ini. Semoga dengan penglibatan di dalam platform Fundmybook ini dapat menarik perhatian dan kepercayaan para penyumbang untuk membantu dalam penerbitan naskhah Antologi Nila Kandi ini.
SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT PENYUMBANG
Selaku pihak penyelenggara, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan buat para penyumbang budiman yang sudi menyumbang ringgit bagi kutipan dana ini. Sebagai penghargaan, pihak kami akan memberikan imbalan seperti berikut:
i) Mencatat nama penyumbang di dalam buku ini.
ii) Memberikan buku ini sebagai hadiah. (Bergantung kepada jumlah sumbangan)
Berikut adalah pakej sumbangan yang kami tawarkan:
Penyumbang A :
RM10 (Catatan nama pada bahagian penghargaan penyumbang di dalam buku)
Penyumbang B :
RM20 (1 naskhah buku di pos ke rumah + ucapan penghargaan di dalam buku)
Penyumbang C :
RM50 (3 naskhah buku di pos ke rumah + ucapan penghargaan di dalam buku)
Penyumbang A mohon maklumkan nama.
Penyumbang B dan C mohon berikan nama dan alamat melalui WhatsApp untuk tujuan pengeposan buku.
Sila WhatsApp di nombor - 0139716599 (Aihass)
JOM BERSAMA SERTAI KEMPEN DANA NILA KANDI
Langkah 1: Klik support this campaign
Langkah 2: Pilih Bank Transfer atau FPX
Langkah 3: Masukkan jumlah sumbangan
Kalau ada yang sudi menyumbang seikhlas hati dan ingin menggunakan identiti anonymous tanpa ingin diketahui, saya dahulukan dengan jutaan terima kasih yang tidak terhingga dari seluruh barisan penukil naskhah ini. Kami doakan semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Amin...
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 500 | |
RASHIDAH MOHAMAD IBRAHIM | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 50 | |
Anonymous | RM 30 | |
Anonymous | RM 30 | |
Anonymous | RM 24 | |
Anonymous | RM 21 | |
Anonymous | RM 20 |