Kitab 40 HADITH ANCAMAN MENCELA DAN MENGHINA MARUAH KAUM MUSLIMIN merupakan salah satu karya nukilan al-Hafiz Syihab
al-Din Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar al-Asqalani yang menekankan peri penting
hubungan sesama Muslim, dan menjelaskan larangan dan ancaman yang keras bagi
mereka yang bermudah-mudah menghina serta merendah-rendahkan Muslim yang lain. Sedangkan
terdapat banyak hadis-hadis Baginda ﷺ yang menerangkan tentang hak-hak seorang
Muslim yang sepatutnya dipelihara dan dihormati. Setiap hadis yang dipilih oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar
mempunyai mesej-mesej yang sangat penting untuk dipelajari dan ditadabbur serta
dihayati dalam kehidupan setiap Muslim. Ditambah lagi, suasana semasa yang
rencam, dengan dunia di hujung jari, maruah seorang Muslim mudah untuk
dicalarkan dan dihina, semua itu adalah suatu perbuatan yang dilarang oleh
syarak. Penterjemah dan pensyarah kitab ini iaitu al-Fadhil Ustaz
Mohd Yusuf Abd Kadir telah memberikan khidmat yang baik dalam usaha
menterjemahkan kitab ini agar manfaat dan isi kandungannya dapat dihayati dan
diamalkan oleh setiap muslim.
Kempen telah tamat
MENGAPA BUKU INI DITERBITKAN?
Maruah.
Satu perkara yang sangat dititik oleh agama. Islam tidak membezakan antara maruah orang Islam mahupun bukan Islam. Dalam masa yang Islam menitikberatkan pemeliharaan maruah sesama kaum muslim. Kerana itu, kandungan buku ini perlu diketengahkan dalam kalangan masyarakat terutama ketika suasana masyarakat hidup dalam dunia media sosial. Mengadu domba, fitnah, menipu, pecah amanah. Semua itu adalah perkara yang dilarang dalam agama. Bahkan, itu itulah yang menjadi punca kepada masalah sosial masyarakat. Usaha menterjemahkan buku ini adalah salah satu langkah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peri penting memelihara maruah.
MENGAPA KAMI PERLUKAN DANA?
Melalui fundmybook ini, kami ingin melancarkan program 'infaq ilmu' dalam menerbitkan:
Melalui dana fundmybook ini, ia akan membantu kami untuk menjayakan program 'infaq ilmu' yang mana, ia adalah sebuah jariah yang besar kepada para penyumbang dana.
Sebagai projek kali pertama 'infaq ilmu' kami menyasarkan 100 buah institusi yang mendapat manfaat daripada dana ini.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MENYUMBANG?
1. Klik 'SUPPORT THIS CAMPAIGN'
2. Pilih samada Bank Transfer atau FPX
3. Masukkan jumlah sumbangan
* FUND SEBANYAK RM 50 MELAYAKKAN NAMA ANDA DIMASUKKAN DALAM LAMAN PENGHARGAAN * MAKLUMKAN KAMI DI TALIAN 011-20934970*
Infaq anda insha Allah akan menjadi saham akhirat yang berkekalan, insha Allah...
Ketua Projek
Abdul Hakim Othman,
Ikon Syabab.
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 500 | |
Anonymous | RM 150 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
RASHIDAH MOHAMAD IBRAHIM | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 65 | |
Anonymous | RM 50 |