Kisah perjalanan hidup penulis yang dilahirkan dalam keluarga beragama Buddha mencari agama yang benar. Buku ini ditulis dengan gaya bahasa yang santai dan tidak menyerlahkan usaha dakwah
agar dapat diterima baik oleh semua, sama ada mereka yang sudah mendapat hidayah atau masih mencari-cari, atau tidak sedar pun hakikat pegangan agama mereka adalah benar atau tidak.
Buku ini ditujukan terutamanya kepada remaja yang memiliki jiwa yang terbuka dan boleh menerima kelainan, dan minat membaca untuk mengetahui kesudahan kisah yang dibentangkan.
Buku ini juga ditujukan kepada pembaca yang lebih matang dan diharap dapat memberi kesedaran serta idea mengenai pendekatan untuk berdakwah secara bijak dan berhemah.
Kempen telah tamat
MENGAPA ANDA PERLU FUND KEMPEN INI?
Sebagai pendana, tuan/puan menyumbang kepada kebaikan, kepada usaha dakwah dan semoga menjadi antara bekalan untuk dibawa bersama apabila tiba Hari Perhitungan nanti.
Bukan semua insan boleh atau berupaya membuat semua perkara - ada yang mempunyai pengalaman yang boleh dikongsi, ada yang diberikan kebolehan untuk menulis, ada yang memiliki keupayaan
untuk bersedekah, Maha Suci Allah yang Maha Adil, memberikan peluang kepada hambaNya untuk berbuat kebajikan.
Niatkanlah sumbangan tuanpuan itu sebagai sedekah, sama ada untuk diberikan pahalanya kepada ibu bapa yang telah banyak berjasa kepada kita, atau kepada para guru, pensyarah dan pendidik yang mengajari kita menjadi manusia berguna, atau kepada diri sendiri yang mungkin masih belum cukup berbuat kebajikan, atau kepada sesiapa sahaja yang mahu ditujukan.
Doakan juga agar saya, Mustafa Bin Abdullah sebagai penulis, diberi kekuatan dan kelapangan minda untuk terus menulis dengan lancar dan mengandungi ilmu yang memberi manfaat.
BAGAIMANA DANA ANDA DIGUNAKAN?
Penulis berharap usaha ini menjadi suatu amalan jariah yang mendapat keredhaan Allah.
Pendana dijemput untuk menaja kos penerbitan buku ini, yang sebahagiannya akan dihadiahkan kepada sekolah-sekolah dan perpustakaan awam terpilih untuk menjadi bahan bacaan umum. Sebilangan lagi buku ini akan dijual pada harga diskaun yang akan ditetapkan kemudian, dengan mengambil kira kos sebenar dan hanya sedikit keuntungan bagi memastikan dapat meneruskan usaha seumpama ini.
JIKA ANDA BERMINAT BUKU
Sebagai penerima dana tuan/puan, saya menjanjikan sebagaimana berikut sebagai ganjaran di dunia yang tuan/puan akan terima:
Sila hubungi saya di telefon 013-3974044 untuk urusan penghantaran buku kelak.
Manakala bagi ganjaran akhirat, sama-sama kita serahkan kepada Allah jua untuk menilai keihklasan usaha kita, insya Allah.
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 500 | |
Jamaliah | RM 460 | |
Anonymous | RM 339 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 |