Kempen telah tamat
Saya memohon kebenaran utk memperkenalkan Projek Pendanaan Awam (Crowf Funding) yang diberi nama FundMyBook. Ia adalah sebuah platform yang akan digunakan bagi mendanai buku ketiga saya iaitu 80/20 Tips Harian Keusahawanan. Ia merupakan tips-tips refleksi kepada tindakan harian usahawan yang dikumpul sepanjang proses penyelidikan kajian Phd saya. Buku ini dalam proses akhir penyiapan manuskrip dan bakal dicetak setelah memperolehi dan yang mencukupi.
Ia merupakan catatan berinspirasi yang dihasilkan sepanjang proses penelitian dan penyelidikan berkait pembangunan usahawan mikro, kecil dan sederhana sepanjang tahun 2014 - 2020. Beberapa catatan beremosi turut diabadikan hasil daripada jatuh bangun sendiri sebagai usahawan. Ia pengalaman yang penulis kira mesti dibukukan dan wajib diteladani agar ia tidak diulangi oleh usahawan lain. Ini adalah catatan daripada usahawan restoran, rumah rehat, ikan kering, kereta sewa, gerai makan, penjual buah, agen takaful, agen pemasaran, pembasuh kereta dan banyak lagi.
Pendanaan awam ini adalah sebuah kaedah perkongsian ganjaran berpanjangan di mana saya sebagai penulis yang menyiapkan manuskrip dan anda sebagai penyumbang. Insya Allah kita bakal sama-sama memperolehi ganjaran Allah secara berpanjangan.
Apa yang boleh saya janjikan kepada saudara dan saudari yang menyumbang ke dalam projek penerbitan buku ini berdasarkan pakej berikut:
Tiada jaminan keuntungan atau perkongsian laba secara material bagi anda yang menyumbang untuk projek ini. Namun sebagai token saya ada menyediakan beberapa pakej berikut:
Pakej A: Sumbangan RM29 dan ke baqah-Allahlah sebaik-baik pemberi balasan
Pakej B: Sumbangan RM30-Senaskhah buku di pos ke rumah
Pakej C: Sumbangan RM 50- 2 naskhah buku dipos ke rumah
Pakej D: Sumbangan RM100-4 naskhah buku dipos ke rumah
Pakej E: Sumbangan RM200-8 naskhah buku dipos ke rumah
Bagi sumbangan pakej B-E, sila whatsapp alamat pengeposan kepada nombor 019-2391201.
Kami juga menawarkan ruang untuk pengiklanan bagi muka surat tertentu dengan kadar tertentu kepada mana-mana pengusaha atau peniaga yang berminat. Sila hubungi nombor di atas bagi perbincangan lanjut.
Benar, kaedah ini adalah yang pertama di Malaysia bagi tujuan penerbitan sesebuah buku. Benar ia seakan-akan aktiviti pengumpulan dana. Namun hakikatnya ia adalah satu inovasi bagi membolehkan anda dan saya secara berganding bahu berusaha memanjangkan usaha atas ilmu.
Saya tulis, anda sumbang dan kita terbit. Sama-sama baca dan sama-sama menyebarkan kebaikan.
Salam ikhlas
Hashim Bin Ahmad Shiyuti
Tel: 0192391201
FB/ Hashim Ahmad Shiyuti
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 500 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 50 | |
Khaulah Hilaluddin | RM 50 | |
Anonymous | RM 50 |