Buku ini ialah buku ke-8 daripada siri teka-teki al-Quran yang saya usahakan sejak 2013. Dalam buku ini, ada kuiz, teka silang kata, isi tempat kosong dan aneka cabaran minda lain. Saya cuba mengolah pendekatan kreatif dalam mempelajari isi surah al-Kahfi. Seronok dan mengujakan! Sedar-sedar, pembaca tahu apa yang terkandung dalam surah al-Kahfi sebaik usai membaca buku ini. Asyik sekali!
Inilah hasrat saya. Tidak semestinya kena tunggu belajar Bahasa Arab dulu baru
hendak faham al-Quran. Berapa ramai manusia masuk Islam kerana faham isi al-Quran walaupun dia tidak tahu sepatahpun Bahasa Arab! Semoga
pendekatan teka-teki ini membantu lebih ramai saudara kita dapat merasai
kemanisan memahami al-Quran dan mengamalkannya.
Inilah pelaburan pahala masa depan saya. Sampai masa, kita semua akan ditelan zaman. Namun al-Quran tetap kekal ke penghujung zaman. Lalu sayang sekali jika kita tidak laburkan usaha kita pada suatu yang kekal ini? Bayangkan dengan asbab kita, ada orang dapat faham al-Quran. Orang itu ajarkan pula kepada anaknya. Anaknya ajarkan pula kepada zuriatnya. Masya-Allah, tidak putus-putus pahala kita walaupun setelah kita tiada!
Di sini saya mengajak saudara-saudari yang sudi untuk membuat pelaburan pahala masa depan bersama-sama saya.
Melalui penerbitan buku ke-17 ini, saya menzahirkan sokongan jitu terhadap usaha pendanaan awam
yang digerakkan oleh pihak fundmybook.my.
Kempen telah tamat
SIAPA SAYA?
Saya Ustaz Luqman Makhtar, penulis buku agama sepenuh masa
insya-Allah. Sebelum ini saya berkhidmat selama tujuh sebagai editor majalah
Solusi dan al-Ustaz terbitan Telaga Biru.
Ada sekitar 300 tajuk buku yang saya angan-angan untuk
siapkan. Bagaimanapun baru 16 judul yang berjaya diterbitkan. Jauh lagi perjalanan.
Doakan saya.
Boleh ikuti saya di Facebook/UstazMLM atau Facebook/Muhammad.luqmanmakhtar.
Boleh juga sertai telegram channel saya:
t.me/ustazluqmanmakhtarmenulis
APA TUJUAN SAYA?
Melalui platform ini, saya membuka peluang kepada saudara-saudara
yang sudi untuk membiayai sebahagian kos percetakan buku ke-17 yang
bakal saya terbitkan.
BERAPA DANA DICARI?
Di sini, saya mencari dana sebanyak RM2500 sahaja.
Jika boleh saya sebutkan, insya-Allah saya akan mencetak
sebanyak 5000 naskhah buku tersebut. Keseluruhan kos penerbitannya adalah lebih
RM10 ribu. Daripada jumlah itu, 1000 naskhah akan saya dermakan, manakala
selebihnya akan dijual secara komersial. Harga senaskhah ialah RM9.
BERAPA PERLU DITAJA?
1 lot = RM50.
Jadi saya membuka kutipan dana sebanyak 50 lot sahaja =
RM2500. Saudara boleh menaja lebih daripada 1 lot.
APA SAUDARA DAPAT?
Setiap lot yang ditaja, saudara akan mendapat:-
i. Penghargaan di dalam
buku. (Nilai: TIDAK TERKIRAI!)
Saya akan abadikan setiap nama penyumbang di halaman
penghargaan di dalam buku nanti. Ini ibarat tugu kenangan kerjasama kita dan
token kenang-kenangan untuk diri sendiri hingga ke anak cucu. Saiz ruang nama
mengikut jumlah lot yang ditaja.
ii. 2 naskhah buku QURANIA 3 bertanda tangan. (Nilai buku: RM18. Nilai tanda tangan: ?)
iii. 2 cenderahati QURANIA; Pen dan penanda (Nilai: RM8)
iv. 3 naskhah buku akan didermakan kepada pelajar sekolah
terpilih bagi pihak anda. Ibarat anda menginfakkan 3 buah buku! (Nilai: RM27)
iv. Pahala berterusan! Ini tawaran Allah yang tidak diragui janji-Nya. Ditambah pula berkat sumbangan saudara, sebanyak 1000 naskhah buku akan saya dermakan.
Anda boleh berhubung secara langsung dengan saya untuk urusan berkaitan buku melalui nombor: +60 10-646 6300
BAGAIMANA HENDAK MENYUMBANG?
1. Klik butang 'SUPPORT THIS CAMPAIGN'.
3. Pilih bentuk pembayaran
4. Salurkan dana anda.
Saya syorkan saudara daftar sebagai registered funder ya. Mustahak untuk
saya dapatkan maklumat saudara.
SEBELUM BERPISAH..
Semoga kerjasama kita bertambah berkat dan manfaat
untuk umat. Lebih mustahak lagi, semoga sumbangan saudara dan saya diterima
Allah menjadi saham akhirat yang berkekalan, insya-Allah!
Funder | Amount | |
---|---|---|
Hakim Darno | RM 200 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Nur Izzati Che Mohd Robbi | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 50 |