Projek Infaq Ramadhan Habibain ini melibatkan 3 buah buku berikut:
1. Anak Kunci Menjemput Rezeki
Sinopsis: Kitab Husul al-Rifq bi Usul al-Rizq merupakan sebahagian daripada koleksi emas yang ditulis oleh seorang ulama agung bernama al-Hafiz Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman al-Suyuti (w. 911H). Di dalam kitab ini, al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti telah mengumpulkan sejumlah 34 buah hadith yang membincangkan tentang rezeki, adab dan etika meraihnya serta kaedah-kaedah untuk memanfaatkannya. Buku ini diharap memberi kesan yang baik terhadap pembaca dalam soal memahami maksud sebenar tentang konsep rezeki, sekaligus mengajak para pembaca menyedari peri pentingnya meraih rezeki dengan cara yang halal lagi berkat. Selain itu, terdapat juga beberapa anjuran yang boleh diamalkan ketika berhadapan situasi getir diuji dengan kesempitan hidup.
2. Ghuraba’: Terasing? Takut Apa, Allah Kan Ada
Sinopsis: Secara umumnya buku ini bertemakan agama dan motivasi. Ia menekankan hidup berprinsip dalam memahami agama dan kehidupan. Kandungan buku ini menggabungkan kisah-kisah para sahabat dan anbiya’, dengan kombinasi perjalanan menuntut ilmu penulis selama 10 tahun di negara Jordan dan UK.Secara umumnya buku ini bertemakan agama dan motivasi. Ia menekankan hidup berprinsip dalam memahami agama dan kehidupan. Kandungan buku ini menggabungkan kisah-kisah para sahabat dan anbiya’, dengan kombinasi perjalanan menuntut ilmu penulis selama 10 tahun di negara Jordan dan UK.
3. Yakinlah! Allah Sentiasa Ada Bersamamu
Sinopsis: Kitab al-Yaqin merupakan sebahagian daripada koleksi emas yang telah ditulis oleh seorang ulama salaf yang agung bernama Ibn Abi al-Dunya (w. 281H). Di dalam kitab ini, pengarang telah mengumpulkan sejumlah hadith, athar dan riwayat yang membincangkan tentang yakin, kepentingannya dan bagaimana kaedah untuk mencapainya. Buku ini diharap menatijahkan kesan yang baik terhadap pembaca dalam memahami maksud sebenar tentang yakin, sekaligus mengajak para pembaca menyedari peri pentingnya menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi dalam segenap aspek terutamanya dalam soal beragama.
Kempen telah tamat
Pengenalan Awal
Projek Infaq Ramadhan Habibain ini merupakan satu
inisiatif yang diusahakan hanya dalam bulan Ramadhan al-Mubarak dengan tujuan
untuk memandaikan umat melalui bahan bacaan yang bermanfaat.
Siapakah Golongan Sasaran?
Projek Infaq Ramadhan Habibain ini menyasarkan beberapa
entiti dan institusi berikut:
1. Perpustakaan masjid
2. Perpustakaan sekolah yang tidak mempunyai bantuan dana
3. Rumah anak yatim
Apakah Yang Akan Berlaku Apabila Kutipan Dana Berjaya Mencapai Sasaran?
DISCLAIMER: Royalti para penulis tidak akan diberikan menggunakan duit yang diperoleh daripada kutipan ini kerana untuk memaksimumkan penggunaan dana untuk membeli buku dan menjayakan matlamat projek ini.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MENYUMBANG?
1. Klik 'SUPPORT THIS CAMPAIGN'
2. Pilih samada Bank Transfer atau FPX
3. Masukkan jumlah sumbangan
Dengan dana sebanyak RM 3,000, pihak Habibain Resources akan mampu menyalurkan 33 set buku-buku di atas kepada institusi-institusi yang disasarkan sebagaimana di atas.
Semoga sedikit usaha ini diganjari oleh Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran dan menjadi amalan kebaikan yang dilipatgandakan pahalanya bersempena bulan Ramadhan yang diberkati ini.
Yang benar,
Mohd Nor Adzhar bin Ibrahim
Habibain Resources
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 1000 | |
Anonymous | RM 500 | |
Anonymous | RM 250 | |
Anonymous | RM 180 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 99 | |
Anonymous | RM 90 | |
Anonymous | RM 90 |