Sungguh perjalanan
hidup kita ini tidak pernah sia-sia. Setiap daripada kita, punya cerita dan
cita-cita. Setiap daripada itu juga tersingkap beribu jalan dan pilihan yang mengajar
kita erti kehidupan. Buku ini bukanlah sebuah diari atau novel. Namun, sebuah
buku yang menyajikan pembaca, kata-kata ringkas yang santai dan bermakna. Sembilan
puluh sembilan (99) kata-kata yang ditulis oleh penulis sepanjang perjalanan
hidupnya sekadar angka keramat khas untuk santapan setiap pembaca. Turut diselitkan
sebelas (11) kisah penulis yang mencuba pelbagai perkara di setiap jalan yang mungkin
berbeza, termasuk sebagai seorang Pelajar Sains yang meminati Seni, Penyajak, Pemantun, Atlet
Boling, Pemain Catur, Pendebat, Pelatih PLKN, Wakil Pelajar (MPP) ketika
Diploma, insan yang diberikan peluang untuk menulis buku pertama pada usia 17
tahun dan banyak lagi kisah-kisah yang menarik. Sungguh memberikannnya nilai-nilai
yang cukup besar dan menghayati sebenarnya setiap jalan itu bersambung pada
sebuah jalan utama cerita tentang seorang Aqil Shariff. Cetusan buku ini adalah
untuk didedikasikan kepada insan-insan hebat yang berada di dalam hidupnya
terutama watak-watak yang berada di dalam kisah-kisah yang dicerita. Walau bagaimanapun,
pengisian buku ini mampu memainkan emosi pembaca kerana perkaitan sebuah
perjalanan hidup yang membawa nilai kegigihan, keyakinan, impian, rasa syukur
dan kebahagiaan. Ya, bahagia itu tak perlu dicari, tetapi hanya perlu dicipta.
Itulah antara mesej besar yang mahu disampaikan oleh penulis di dalam buku ini.
Kempen telah tamat
Mengapa penulis guna kaedah 'crowdfunding'?
Bismillah. Saya Aqil Shariff iaitu pelajar yang pernah
diberikan peluang untuk menerbitkan dua buah buku motivasi dengan syarikat
tempatan. Alhamdulillah. Namun, projek buku ini adalah karya pertama yang ingin
saya terbitkan sendiri. Saya berhasrat untuk menghasilkan karya-karya yang
memberikan manfaat kepada remaja dan anak muda hari ini pada masa akan datang.
Saya mempertaruhkan karya ini untuk memulakan perjalanan dalam penghasilan
karya-karya seterusnya seperti buku motivasi santai, novel motivasi remaja dan
buku motivasi kanak-kanak. Doakan saya. Anda boleh ikuti saya di Instagram
(aqilshariff) atau Youtube (Aqil Shariff) atau Facebook (Aqil Shariff).
Izinkan saya berkongsi dan bercerita mengenai projek buku
ini. Saya menggunakan kaedah 'crowdfunding' supaya sumbangan dana daripada anda
sedikit sebanyak dapat membantu saya daripada segi kewangan sebagai seorang
pelajar yang ingin menerbitkan buku sendiri buat kali yang pertama. Saya
benar-benar berharap buku ini dapat diberikan peluang untuk diterbitkan. Saya
juga sentiasa membayangkan nama-nama anda juga akan disematkan di hujung buku
ini. Buku ini akan menjadi sebahagian terbitan bersama antara pengarang dan
penyumbang dana. Secara tidak langsung, perkara ini menjadi satu amalan yang
sangat bermanfaat dalam masyarakat demi menghargai ilmu dan idea untuk
diceritakan kepada lebih ramai orang dalam bentuk penulisan.
Secara peribadi, saya juga dapat melihat tahap penerimaan
orang ramai mengenai buku yang ingin diterbitkan. Walau bagaimanapun, saya
berpendapat buku seperti ini amat diperlukan oleh setiap remaja dalam
menghargai setiap perjalanan hidup yang dilalui oleh mereka. Sumbangan anda
dapat membantu untuk menjayakan projek ini. InsyaAllah.
Saya turut ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
membantu saya sehingga ke fasa ini termasuk Mak, Abah, keluarga,
pendidik-pendidik, rakan-rakan saya, semua yang terlibat dan anda! Tanpa semua
pihak, mungkin buku ini tidak akan tiba di ruangan ini.
Mengapa anda perlu menyumbang dana?
Sumbangan anda sedikit sebanyak dapat membantu penulis untuk
menjayakan projek ini. Kaedah swa-terbit secara ‘crowdfunding’ ini meraikan dua
golongan, iaitu golongan yang sukakan ilmu dan suka bersedekah. Sumbangan anda
dalam menjayakan projek ini boleh dikira sebagai sumbangan amal dalam
memperoleh pahala secara berterusan dan mengabadikan ilmu dalam bentuk
penulisan. InsyaAllah, semoga amalan kita diberkati dan dirahmati Allah.
Saya berharap agar anda dapat menyokong dalam perjuangan
menerbitkan buku ini. InsyaAllah, sebahagian buku ini juga akan cuba diusahakan
untuk diinfaqkan kepada pusat ilmu yang terpilih. Saya amat menghargai akan
sumbangan anda, jadinya saya turut menyediakan hadiah dan penghargaan adalah
seperti berikut:
1. RM30-39: Buku ini percuma, tidak termasuk
pos.
2. RM40-RM59: Buku ini akan diposkan secara percuma.
3. RM60-RM149: Nama anda akan disematkan di dalam buku,
buku ini akan dipos secara percuma dan menerima free gift (special edition)
penulis.
4. RM150 ke atas: Nama anda akan disematkan di dalam buku, buku ini akan dipos secara percuma, menerima free gift (special edition) penulis dan menerima warkah penghargaan khas daripada penulis.
Ke mana sumbangan dana anda dimanfaatkan?
1. Reka bentuk grafik buku.
2. Penyuntingan akhir.
3. Pencetakan buku.
4. Hadiah buku kepada penyumbang dana.
5. Turut akan diusahakan sebahagian buku untuk diinfaqkan ke
pusat ilmu terpilih.
Bagaimana anda boleh menyumbang?
1. Klik “Support this campaign.”
2. Pilih Bank Transfer atau FPX.
3. Letakkan jumlah dana yang hendak disumbang.
4. Hantarkan nama, resit pembayaran dan alamat kepada
penulis untuk proses pengeposan hadiah tersebut. (0189764157) –
Whatsapp.
Akhir kata, berapa nilai pun yang anda sumbangkan amat saya hargai. Yang mahal
itu bukan pada nilai wang ringgit, tetapi pada nilai keikhlasan sumbangan.
Semoga amalan kita mendapat keberkatan dan dirahmati Allah. Terima kasih, moga
kita bertemu lagi.
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 200 | |
Anonymous | RM 150 | |
Anonymous | RM 150 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 60 | |
Anonymous | RM 60 | |
Anonymous | RM 60 |