MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Novel

SEBENARNYA ILUSI

‘sesungguhnya pada tiap-tiap kesukaran itu ada kemudahan’

(Al-Quran 94:6)


Apa yang akan anda lakukan, sekiranya apa yang anda rancang tidak berjalan seperti yang sepatutnya?

Seth mahu mewakili Malaysia bagi acara taekwondo ke sukan SEA. Orked mahu menyempurnakan pengajian PhD-nya tanpa masalah. Tapi takdir menidakkan. Seth kemalangan. Orked kemurungan. Apa yang patut mereka lakukan?

Putus asa?

Bunuh diri?

Ya, mereka tahu itu bukan pilihan. Namun tatkala trauma silam dan beban yang digalas serasa tidak tertanggung, manusia kerap kali hanyut…

Sebenarnya Ilusi merupakan sebuah novel mengenai perjuangan dua insan melawan dugaan hidup. Dalam jerat PTSD & depresi yang meracun waras fikiran, kedua-dua Seth & Orked dipertemukan dalam situasi yang tidak terjangkau akal. Ilusi minda bermain teka-teki – adakah mimpi indah tercipta hanya untuk dimusnahkan oleh realiti?

“Boleh tak kau jangan zalim dengan diri sendiri…” -Seth

“Kau pandai kata aku zalim dengan diri sendiri, habis tu apa yang kau tengah buat sekarang ni?” -Orked

Seth & Orked, apakah pertemuan mereka itu penawar, atau sebaliknya?


‘Dan mereka merancang, dan Allah juga merancang, Dan Allah lah sebaik-baik perancang’

(Al-Quran 3:54)

RM 1100.00 / 1000.00 terkumpul

100.00%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut

PENGENALAN

Kempen ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi menerbitkan novel SEBENARNYA ILUSI, karya Paksa Tulis. Untuk pengetahuan anda semua, novel ini pernah dinilai oleh dua buah rumah penerbitan. Namun, disebabkan oleh faktor (i) tempoh penilaian dan penerbitan yang terlalu lama, dan (ii) jumlah patah perkataan yang melebihi syarat penerbitan, membuatkan niat penulis tidak kesampaian.

Walaupun novel ini telahpun diterbitkan dan dijual dalam versi E-Book di platform Google Play Book, tetapi masih ramai pembaca yang bertanya kepada penulis untuk mendapatkan/membeli buku fizikal SEBENARNYA ILUSI. Maka besar hasrat penulis bagi merealisasikan permintaan tersebut menerusi inisiatif FundMyBook ini.

Di sini saya dengan rendah hati, ingin mengajak anda semua untuk menjadi penaja / penyumbang dana kepada projek swaterbit novel SEBENARNYA ILUSI.

 

SASARAN KUTIPAN DANA

Sasaran kutipan dana yang ingin saya kumpulkan menerusi kempen FundMyBook ini adalah RM2500 sahaja.

 

KE MANA DANA ANDA AKAN DISALURKAN

Dana yang dikumpulkan akan digunakan bagi membiayai kos:

  • -        Reka Bentuk Atur Huruf
  • -        Reka Bentuk Kulit Buku
  • -        Cetakan Buku
  • -        Pos

 

PAKEJ TAJAAN / SUMBANGAN

Bagi mengumpulkan dana untuk tujuan swaterbit novel ini, penulis ingin menawarkan PAKEJ PRA-TEMPAH SEBENARNYA ILUSI kepada saudara/saudari yang berminat. Butiran pakej adalah seperti berikut.

Harga Pakej Pra-Tempah = RM50 (minimum)

Pakej termasuk (akan dipos kepada pendana):

  • -        1 Novel Paperback SEBENARNYA ILUSI (Retail Price = RM36)
  • -        1 Google PlayBooks SEBENARNYA ILUSI (Retail Price = RM25)
  • -        Tandatangan Penulis
  • -        2 Penanda Buku


Selain daripada itu, sebahagian daripada dana akan diinfaqkan (dalam bentuk novel) ke perpustakaan terpilih.


Kepada pendana yang telah menmbuat pembayaran, mohon Whatsapp nama anda, alamat & bukti pembayaran ke nombor 011-32558013 bagi urusan pengeposan buku kelak.


Saya juga mengalu-alukan sumbangan ikhlas dalam jumlah berapa sekalipun, dan juga sumbangan anonymous (tanpa nama). 


Namun bagi penaja anonymous (tanpa nama) yang menyumbang berdasarkan pakej di atas, mohon anda juga Whatsapp kan nama, alamat & bukti pembayaran kepada saya untuk urusan pengeposan buku kelak.


Kepada semua penaja/penyumbang kempen ini saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Didoakan semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

 

BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG / MENAJA

1. Klik “Support this campaign.”

2. Pilih Bank Transfer atau FPX.

3. Letakkan jumlah dana yang hendak disumbang.

4. Whatsapp nama, alamat & resit pembayaran kepada penulis untuk proses pengeposan novel (011-32558013, Nurul Aini)


Akhir kata, saya amat menghargai setiap sen yang telah disumbangkan oleh para penaja/penyumbang bagi menjayakan kempen ini. Hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan anda itu.

 

TENTANG PENULIS

Nama sebenar penulis adalah Nurul Aini Bakar. Menggunakan nama pena Paksa Tulis sebagai simbolik/peringatan untuk terus 'push diri' supaya menulis setiap hari. SEBENARNYA ILUSI adalah sebuah fiksyen inspirasi kisah peribadi penulis yang diberhentikan kerja kerana ingkar kontrak biasiswa Skim Latihan Akademik IPTA - gagal menyiapkan pengajian PhD pada tempoh yang ditetapkan. Novel ini menjadi medium terapi buat penulis meluahkan apa yang terpendam di dada sewaktu episod kemurungan. Haparan penulis adalah agar SEBENARNYA ILUSI menjadi karya yang dapat menginspirasi dan memotivasikan pembaca untuk kekal cekal dan tabah dalam melawan dugaan kehidupan.

01/07/2021

Fadziella Ibrahim

Semoga buku ini berjaya diterbitkan.


#
Funder Amount
1
Anonymous RM 500.00
2
Anonymous RM 80.00
3
Anonymous RM 60.00
4
Anonymous RM 50.00
5
Anonymous RM 50.00
6
Anonymous RM 50.00
7
Anonymous RM 50.00
8
Fadziella Ibrahim RM 50.00
9
Anonymous RM 50.00
10
Anonymous RM 50.00