MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Keusahawanan / Entrepreneurial

Projek DanaBuku Fasa 1

DanaBuku merupakan pelantar crowdfunding (pendanaan awam) Islamik bertujuan merealisasikan manuskrip penulis dalam bentuk karya yang bercetak. Pelantar ini menghubungkan para penyumbang yang budiman dan penulis yang berbakat dalam usaha menghargai idea dan memelihara ilmu dalam kalangan masyarakat.

 

RM 3590.00 / 3000.00 terkumpul

100.00%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut

Setelah projek penyelidikan FundMyBook berjaya mencapai sasaran, para penyelidik dengan usaha sama para alumni FundMyBook meneruskan konsep sebegini dengan membangunkan pelantar DanaBuku. Kami mempunyai hasrat yang sama iaitu membantu para penulis merealisasikan idea dan impian mereka dalam menghasilkan karya. Pelantar ini dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Kelab Komuniti Pencinta Buku Terengganu.

Walaubagaimanapun kami berhadapan dengan kekangan kewangan.

Kos membangunkan pelantar ini diambil hasil 10% caj kempen-kempen FundMyBook sebelum ini. Walaubagaimanapun kami masih kekurangan RM 3,000 untuk membayar keseluruhan kos pelantar. Namun, kami bertuah memandangkan syarikat yang membangunkan pelantar DanaBuku ini membenarkan pembayaran secara ansuran (dua kali pembayaran)

Untuk itu, kami amat berharap pendana-pendana budiman sudi menjadi 'pengasas' bersama pelantar ini dengan menyumbang dana mereka untuk menampung kos pembinaan pelantar ini.

Jika sebelum ini dalam tempoh kurang setahun dengan tiada pengalaman dan pelbagai kekangan, namun konsep sebegini boleh menjayakan 28 kempen dana buku, kami percaya pelantar baru ini lebih berpotensi 

Rasulullah SAW bersabda:

Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknyaā€¯ (HR Muslim).

Menyumbang dan bersedekah adalah 'perlaburan' akhirat dan jika lebih teliti, sedekah itu mampu menghasilkan manfaat yang lebih lama. Antaranya menyumbang untuk buku di mana manfaatnya lebih tahan lama. Ia dibaca, diamalkan dan dikongsi oleh pembaca. Manfaatnya mengalir. Itulah ia sedekah jariah (mengalir).

Bayangkan manfaat pelantar DanaBuku yang membantu para penulis menghasilkan karya mereka.

Ayuh, klik butang jom dana kempen ini. 

28/01/2022

Anonymous

Bismillah, maju jaya insya-Allah.


23/01/2022

Anonymous

Semoga pengurusan kelab dipermudahkan urusan dan dapat menyumbang kepada lebih ramai penulis. Aamin


21/01/2022

Anonymous

Semoga Terus Maju


20/01/2022

Anonymous

Semoga berjaya.


14/01/2022

MOHD ALI BIN MD REJAB

Semoga dimudahkan urusan


#
Funder Amount
1
Anonymous RM 1000
2
Anonymous RM 1000
3
Anonymous RM 300
4
Anonymous RM 200
5
Anonymous RM 200
6
Hamidah Abdul Rahman RM 100
7
Anonymous RM 100
8
Anonymous RM 100
9
Anonymous RM 90
10
Anonymous RM 60