Buku ini menghimpunkan dapatan penyelidik berdasarkan multi-aspek dan multi-perspektif tentang ‘Melayu’. Himpunan menyentuh dari sudut perjuangan, realiti kontemporari dan keperluan masa hadapan. Hal ini menunjukkan perjuangan tidak bersifat sementara, sebaliknya sentiasa diperlukan dalam konteks berbeza. Ikuti garapan-garapan dalam karya ini memberi faham apakah survival? Oleh itu, karya ini perlu dimiliki oleh semua pihak tanpa batas agama, bangsa dan umur. Melayu berjuang dan menoleh kerana agama dan bangsa tanpa menindas serta mengenepikan hak individu lain. Justeru, tiada unsur ‘bias’, ‘rasis’, ‘asabiyyah’ sebagai
Kempen telah tamat
Buku berjudul SURVIVAL MELAYU adalah sebuah Buku Suntingan yang mengandungi sembilan bab membincangkan pelbagai aspek dalam perjuangan Melayu di Terengganu dan Acheh khususnya. Buku suntingan ini akan diterbitkan oleh Penerbit UTHM.
Dana buku ini akan dibiayai barisan penyunting menggunakan dana sendiri. Bagaimanapun, menerusi platform danabuku.com, pihak kami berhasrat membuat libat sama dengan masyarakat bagi sama-sama mengeluarkan dana penerbitan buku ini iaitu berjumlah RM4500.00.
Kenapa perlu libat sama ini?
-Anda mempunyai bahagian dalam proses penerbitan karya ilmiah yang akan kekal menjadi wahana mencambah pemikiran bangsa.
-Anda mewariskan ilmu yang bermanfaat untuk generasi berikutnya.
-Anda menggunakan wang anda di tempat yang betul.
Justeru, libat sama pendanaan buku akan memberi nilai tambah pada kehidupan dengan melakukan perkara yang betul di sini, sebagai bekal di sana kelak. Pendanaan buku berjumlah RM70.00 ke atas akan mendapat sebuh buku suntingan berjudul Survival Melayu bersama percuma caj penghantaran.
Semoga proses pendanaan oleh pihak Tuan/Puan mendapat limpahan rahmat dari Allah SWT. Jika anda tidak bersama dalam pendanaan, anda juga boleh terlibat dengan menyebarkan mesej pendanaan ini. Terima kasih.
HANIF MD LATEH
Pusat Pengajian Teras, UniSZA Kampus Gong Badak
hlajsas@gmail.com
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 1000 | |
Anonymous | RM 1000 | |
Anonymous | RM 750 | |
Anonymous | RM 750 | |
Anonymous | RM 500 | |
Anonymous | RM 500 | |
Anonymous | RM 20 | |
Anonymous | RM 10 | |
Anonymous | RM 3 |