Ramai tidak mengetahui kehidupan seorang askar yang boleh menjadi inspirasi kepada kehidupan kita semua.
Maka penulisan kali ini, saya akan bercerita mengenai pengalaman sebagai salah seorang Pegawai Kadet Sarjan, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang merupakan pasukan latihan askar Wataniah di universiti awam.
Ya, sebelum saya menjadi imam, sata merupakan salah seorang kadet PALAPES UKM-USIM selama tiga tahun.
Terlalu banyak pengalaman dan lisah inspirasi yang boleh menjadi pedoman kita semua.
Mudah-mudahan penulisan kali ini menjadi karya inspirasi terbaru bagi para pembaca yang pernah mbaca Sahaja Aku Menjadi Imam.
Kempen telah tamat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sebagai penulis baru, saya berhadapan dengan kekangan dana untuk percetakan.
Saya tertarik dengan konsep DanaBuku yang mengajak para penulis bersama-sama pendana untuk menghasilkan karya bermanfaat.
Saya fikir idea ini amat bagus untuk karya saya yang sememangnya insyallah bermanfaat untuk umat.
Jika dana ini diperolehi, saya boleh fokus kepada penulisan dan juga komitmen lain iaitu sebagai seorang imam.
Saya menyasarkan dana sebanyak RM2500 yang boleh menampung percetakan 100 lebih buah buku tersebut.
Insyallah jika tuan puan menyumbang untuk dana percetakan ini sejumlah RM50 ke atas, tuan puan akan mendapat:
1. Sebuah naskhah Sebelum Aku Menajdi Imam (Catatan Inspirasi Pegawai Kadet Sarjan) ini.
2. Hadiah sebuah naskhah Catatan Covid 19 Dua Imam.
3. Pahala berpanjangan.
InsyaAllah buku akan mula dicetak awal Mac, dan akan dihantar pada akhir Mac 2022.
Proses suntingan, design semua telah selesai dan hanya menunggu sejumlah dana untuk proses cetakan.
Pendana boleh whatsApp saya di nombor +601120692448 untuk mengetahui progress terkini.
Terima kasih atas dana yang diberikan, hanya Allah mampu membalasnya.
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 2000 | |
Anonymous | RM 200 | |
Anonymous | RM 200 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 50 | |
Anonymous | RM 50 | |
Anonymous | RM 50 |