Buku Legasi Ustaz UK dihasilkan daripada pemerhatian mendalam terhadap sisi-sisi bagaimana Islam diamalkan dan diraikan di bumi England secara umum. Kisah inspirasi berupa karya travelog ini merupakan catatan penulis ketika bertugas di United Kingdom sebagai Atase Pendidikan Bimbingan Agama dan Kaunseling pada tahun 2016-2018. Ya, ia pengalaman langsung yang tidak pernah anda temui dalam mana-mana buku kerana ia adalah pengalaman sebenar penulis. Beberapa catatan pengalaman suka duka serta cabaran dimuatkan dalam nada santai tetapi berinformasi. Ini kisah seorang imam, pendaftar nikah luar negara, pegawai pendidikan, kaunselor, serta pelbagai sisi kehidupan di United Kingdom yang jarang diceritakan di mana-mana medium. Di United Kingdom ketika penulis bertugas, didiami oleh 18000 pelajar Malaysia dan ramai rakyat Malaysia sebagai permanent resident. Keperluan beragama, psikologi hidup 4 musim, pengalaman berpuasa 18 jam, beraya di perantauan, pengurusan jenazah, mahasiswa dan aktivisme, nilai dan budaya Mat Salleh, menangani ancaman Islamophobia, cabaran pendidikan anak-anak, budaya asing, serta beberapa perkara menarik turut dimuatkan dalam buku ini.
Kempen telah tamat
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 203 | |
Anonymous | RM 200 | |
MOHD KHAIROL AZDMI BIN MOHD RAZALI | RM 130 | |
RATNA ROSHIDA RAZAK | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 |