Puyuh dan Tempua adalah buku bergambar kanak-kanak memaparkan nilai murni kehidupan Puyuh dan Tempua yang cuba untuk menyelami gaya hidup masing-masing melalui pengalaman bermalam di sarang berbeza.
Kempen telah tamat
KEMPEN UMUM
Saudara dan saudari, melalui danabuku.com, anda adalah sebahagian daripada
nyawa buku bergambar Puyuh dan Tempua. Saya sediakan idea, anda dana dan kita
akan baca bersama-sama.
Puyuh dan Tempua adalah buku bergambar kanak-kanak memaparkan nilai murni
kehidupan Puyuh dan Tempua yang cuba untuk menyelami gaya hidup masing-masing
melalui pengalaman bermalam di sarang berbeza.
Bukanlah soal sarang atau kebaikan mahupun kelemahan yang menjadi taruhan
tetapi ibrah rasa bersyukur dan saling memahami erti kehidupan itulah yang mahu
dinatijahkan melalui penghasilan buku bergambar kanak-kanak ini. Malah, pada
ilustrasi menarik yang menjadi sumber kekuatan buku ini diserlahkan nilai dan
pedoman gaya hidup bagi memastikan buku ini karya yang sangat sesuai dibaca
oleh golongan kanak-kanak dan dewasa.
Tanpa dana, buku ini tidak dapat dicetak. Jadi, anda adalah kita. Kita
saling memerlukan dana buku ini untuk
sama-sama membaca buku Puyuh dan Tempua.
Jadi, Jom sama-sama dana buku ini!
Klik, sebar dan sama-sama danai kempen ini.
MAKLUMAT LANJUT
Usaha menanamkan minat membaca dalam kalangan anak-anak adalah tugas kita
semua. Malah, dengan penghasilan buku bergambar Puyuh dan Tempua ini akan menyatukan
kita dalam sebuah buku yang hasratnya membangun jiwa anak-anak supaya mempunyai
nilai murni dan saling memahami antara satu-sama lain.
Puyuh dan Tempua merakam nilai universal hidup yang memerlukan saling
memahami antara keadaan yang pelbagai. Tingginya sarang Tempua tidak bermakna
selamat daripada malapetaka. Rendahnya letak sarang Puyuh pula yang disangka tidak selamat,
sebenarnya dibina dengan tekun dan teliti. Jadi, analogi ini sangat menarik
untuk kita jadikan sempadan dalam kehidupan.
Justeru, dengan sumbangan dana anda, ia akan membantu proses suntingan, reka
letak kaver dalam sehinggalah proses cetakan buku ini.
Melalui dana RM3000 yang dikumpulkan melalui platform ini, kami berhasrat
untuk menghadiahkan penyumbang senaskhah buku ini sebagai tanda persahabatan. Sumbangan
minimum sebanyak RM20 akan menerima senaskhah buku ini. Mohon whatsapp nama,
alamat dan nombor telefon kepada Puan Naemah di talian 012-3806835.
Ingat mesej ini, kita adalah sebahagian daripada usaha menerbitkan buku
ini. Saya sediakan karya, anda sediakan dana, akhirnya kita sama-sama baca buku
Puyuh dan Tempua.
‘
Sahabatmu, Naemah Ismail
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 1000 | |
Anonymous | RM 700 | |
Anonymous | RM 500 | |
Anonymous | RM 200 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 85 | |
Anonymous | RM 65 | |
Anonymous | RM 50 | |
Anonymous | RM 50 |