MAKLUMAT KEMPEN


campaign
Fiksyen / Fiction

AWANAMA KOSMOS

Novel ini mengisahkan tentang seorang insan bernama Nora Yuhanis yang bercita-cita ingin menjadi angkasawan. Tidak disangka, rezeki memihak kepadanya dan beliau dipanggil untuk menyertai latihan pemilihan yang dianjurkan oleh badan kerajaan. Negara ketika itu juga sedang mencari kru-kru untuk mengendalikan stesen angkasa pertama negara, GEMILANG-01. Latihan demi latihan terpaksa ditempuh, dan akhirnya, Nora Yuhanis dipilih sebagai antara lapan orang calon angkasawan negara untuk menjalani latihan di Rusia.

RM 91.00 / 2500.00 terkumpul

3.64%

Kempen telah tamat

Maklumat Lanjut

"Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang."

(Surah Al-Buruj, ayat 1)


Novel "Awanama Kosmos" ini merupakan sebuah karya sains fiksyen swaterbit hasil penulisan pertama saya yang bertujuan untuk mengangkat tema kejayaan negara dalam menghantar angkasawan pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007 yang lalu, memahami makna sinaran radiasi kepada pelajar-pelajar dan juga sebagai bahan bacaan ringan kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan juga suku. Selain itu juga, karya ini membayangkan bahawa negara Malaysia ini telah mempunyai stesen angkasa sendiri yang dikenali sebagai 'Gemilang-01'. Novel ini sudah diterbitkan dan dicetak sebanyak 50 buah novel pada tahun 2021. Namun, penulis mempunyai harapan dan impian untuk membawa karya fiksyen sains swaterbit ini ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL2022) yang akan diadakan pada 3 hingga 12 Jun 2022 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) selain memasuki kedai-kedai buku yang ada.


Pihak penerbit menetapkan bahawa sekurang-kurangnya memerlukan kos sebanyak RM5,000 untuk proses cetakan karya ini. Namun, saya akan cuba untuk usahakan mengumpul separuh daripada kos yang telah ditetapkan oleh pihak penerbit (RM2,500) atas inisiatif sendiri  untuk menyertai PBAKL2022. Manakala separuh lagi saya akan usahakan untuk mengumpul dana melalui inisiatif pendanaan buku ini. Oleh itu, saya menyeru kepada pendana-pendana yang budiman untuk mendanai novel ini dengan nilai seikhlas hati kalian bagi kita sama-sama dapat menghasilkan serta menerbitkan karya ini sehingga ke reruai Pesta Buku dan juga di kedai-kedai buku seluruh negara. Ada tawaran istimewa menanti kalian yang mendanai karya ini kelak, Insya-Allah.


Bagi pendana-pendana yang berminat untuk mendanai novel fiksyen sains ini, mohon maklumkan kepada saya sebagai penulis di alamat email hafizuddinmahmood@gmail.com untuk saya masukkan nama-nama saudara dan saudari di dalam ruangan penghargaan. Bagi pendana yang berminat untuk memperolehi novel ini beserta penanda buku samada untuk disimpan sebagai kenang-kenangan didalam perpustakaan peribadi, ataupun dengan niat untuk dihadiahkan kepada sekolah-sekolah/universiti tempat saudara saudari pernah belajar dahulu, apalah kiranya jikalau memaklumkan juga di alamat email hafizuddinmahmood@gmail.com


Sebagai tanda penghargaan atas pendanaan kalian ini, saya ingin menawarkan beberapa tawaran. Antaranya adalah:

Tawaran 1: Danaan RM1 sehingga RM20: Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada penyumbang akan diletakkan dalam ruangan 'Penghargaan' pada muka surat kedua novel.

Tawaran 2: Danaan RM30 : Senaskah novel beserta penanda buku, wax seal dengan pattern 'angkasawan', tandatangan penulis & free gift akan dihantar terus ke alamat tuan-tuan dan puan-puan ataupun institusi yang tuan-tuan dan puan-puan mahukan untuk novel ini dihantar melalui keadah postage.

Tawaran 3: Danaan RM100 : Tiga naskah novel beserta penanda buku, wax seal dengan pattern 'angkasawan', tandatangan penulis & free gift akan dihantar terus ke alamat tuan-tuan dan puan-puan ataupun institusi yang tuan-tuan dan puan-puan mahukan untuk novel ini dihantar melalui keadah postage.

Tawaran 4: Danaan RM200 : Lima naskah novel beserta penanda buku, wax seal dengan pattern 'angkasawan', tandatangan penulis & free gift akan dihantar terus ke alamat tuan-tuan dan puan-puan ataupun institusi yang tuan-tuan dan puan-puan mahukan untuk novel ini dihantar melalui keadah postage.

Tawaran 5: Danaan RM1,000 : Sepuluh naskah novel beserta penanda buku, wax seal dengan pattern 'angkasawan', tandatangan penulis & free gift akan dihantar terus ke alamat tuan-tuan dan puan-puan ataupun institusi yang tuan-tuan dan puan-puan mahukan untuk novel ini dihantar melalui keadah postage.


Langkah untuk mendanai kempen ini:

Langkah 1: Klik 'support this campaign'.

Langkah 2: Pilih Bank Transfer atau FPX

Langkah 3: Masukkan Jumlah sumbangan berdasarkan tawaran dana yang telah dipilih.

Langkah 4: Sila Whatapps nama, resit pembayaran dan alamat kediaman/institusi/sekolah/universiti untuk tujuan pengeposan buku ke nombor Whatapps 019-756 7141.


Sebarang kemusykilan berkenaan kempen pendanaan ini, tuan-tuan dan puan-puan pendana yang dihormati bolehlah menghubungi talian 019-756 7141 untuk maklumat lanjut.


Bagi ingin untuk melihat-lihat contoh free sample bagi novel ini, bolehlah layari laman sesawang Google Play Books ini 👉🏻 https://play.google.com/store/books/details/AWANAMA_KOSMOS?id=a_BJEAAAQBAJ&hl=en&gl=US


Semoga, dengan bantuan pendanaan daripada pihak tuan, puan, saudara dan saudari seikhlas hati ini, besarlah harapan kita agar dapat membina generasi yang celik akan ilmu sains, generasi yang mengangkat mimpi dan impian rakyat Malaysia untuk menghantar angkasawan kedua negara kelak dan juga generasi yang cintakan ilmu pengetahuan. Usaha ini bukanlah usaha saya semata-mata, malah usaha ini turut dijayakan dengan berkat bantuan hasil danaan kalian.


Akhir kalam, terima kasih diucapkan kepada para pendana samada mendanai novel fiksyen sains ini tanpa nama (anonymous) ataupun yang akan/telah memaklumkan kepada penulis untuk sudi mendanai novel karya saya ini. Insya-Allah, semoga dipermudahkan segala urusan kalian semua. Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikan yang tuan, puan, saudara dan saudari yang sudi mendanai novel ini tidak kira berapa jumlahnya sekalipun. Amin ya Rabbal Alamin.


Sedikit latarbelakang tentang penulis:

Penulis menggunakan nama pena Hdin Hafizuddin dan berasal dari Bukit Gambir, Johor. Penulis berusia 32 tahun dan mendapat pendidikan awal di SMK Bukit Gambir (BiGSS), Tangkak, Johor sebelum menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Geologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada waktu kini, sedang bertugas di Hulu Perak, Perak sebagai Ahli Geologis / Ahli Kaji Bumi di salah sebuah syarikat swasta. Penulis merupakan penulis pemula dan novel 'Awanama Kosmos' ini merupakan karya sulungnya. Penulis boleh dihubungi melalui talian Whatapps 019-756 7141 atau melalui alamat e-mel hafizuddinmahmood@gmail.com. Penulis juga boleh dihubungi melalui laman facebook (www.facebook.com/hdinhafizuddin), laman sosial Twitter (www.twitter.com/hdinhafizuddin), laman sosial Instagram (www.instagram.com/wattpadhdinhafizuddin), laman sosial TikTok (ID : hdinhafizuddin) dan juga laman sosial Wattpad (www.wattpad.com/hdinhafizuddin).

25/02/2022

Shah Othman

Semoga berhasil dengan baik.


22/02/2022

Farhanah Atiqah

Semoga Awanama Kosmos terus sukses!


#
Funder Amount
1
Anonymous RM 30.00
2
Anonymous RM 20.00
3
Farhanah Atiqah RM 16.00
4
Anonymous RM 10.00
5
Anonymous RM 10.00
6
Shah Othman RM 5.00