Peranan seorang
Guru Pendidikan Khas adalah amat besar dalam mendidik anak-anak
murid kurang upaya. Mendidik bukan sahaja berfokuskan kemenjadian murid di dalam
bilik darjah, namun berterusan secara
optimum di luar bilik
darjah. Bagi Guru Pendidikan Khas Murid Kurang Upaya Pendengaran pula, mendidik
anak murid yang tidak boleh mendengar merupakan satu pengalaman berharga
yang dinilai dari pelbagai aspek yang
menarik.
Pengalaman pertama kali mengajar
mereka sudah semestinya menjadi inspirasi menyusuri
perjalanan kerjaya. Terpilih
untuk menjadi Guru Pendidikan Khas terutama mengajar
murid kurang upaya pendengaran diterima dengan semangat juang yang jitu.
Mempersiapkan keperibadian diri dalam memikul
amanah dan menyantuni anak-anak istimewa agar dapat membuahkan hasil yang bermanfaat.
Mendidik murid kurang upaya pendengaran ini menjadikan mereka
serba boleh dalam memastikan anak murid
mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya. Mengenali anak murid ini
menjadikan para guru ini sentiasa berasa ingin melakukan sesuatu
yang lebih daripada
kelaziman mereka. Demi meletakkan anak murid ini mampu bersaing
dengan murid arus perdana.
Hubungan murid dan guru bukan sekadar
di dalam kelas, namun berterusan hingga ke rumah. Kesediaan dalam membantu anak murid mereka ini walau di mana berada sudah menjadi keazaman
dan rutin kehidupan
diri mereka.
Kegigihan para guru ini dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran untuk melunaskan amanah diberikan mencetuskan idea untuk berkongsi pengalaman mereka. Pelbagai
ragam anak murid dan pengalaman terakam
di dalam memori para guru ini yang akhirnya memberikan asbab kepada mereka untuk terus
mendidik dan menunaikan tanggungjawab.
Berdepan dengan cabaran yang bukan sedikit
memberikan pengalaman dan
impak yang sangat terkesan dalam mendidik anak kurang upaya pendengaran. Bukan sahaja dari segi perjalanan kerjaya malah kehidupan
seharian.
Kisah
yang menginspirasikan semua dalam mendidik anak istimewa dengan semangat jitu dan kemahuan
tinggi mereka sendiri.
Bagaimana mereka meletakkan
diri mereka di dalam dunia yang tidak boleh mendengar. Menyelami kekurangan untuk memberikan kesamaan
dan kelebihan. Menyantuni anak didik mereka dengan penuh hikmah dan sudah tentu mengharapkan ibrah yang membawa rahmah untuk semua.
Kempen telah tamat
Mahukah anda membaca pengalaman istimewa guru-guru pendidikan khas mendidik anak-anak syurga?
Mahukah anda kami persembahkan kisah-kisah inspirasi merangkap panduan mendidik anak-anak syurga?
Mahukah anda kami paparkan jerih payah dan pengalaman guru-guru menyantuni anak-anak syurga yang dilahirkan istimewa?
Ya, manuskrip buku Dunia Tanpa Bunyi hanya selangkah untuk dicetak. Kegigihan para guru ini dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran untuk melunaskan amanah diberikan mencetuskan idea untuk berkongsi pengalaman mereka. Pelbagai ragam anak murid dan pengalaman terakam di dalam memori para guru ini yang akhirnya memberikan asbab kepada mereka untuk terus mendidik dan menunaikan tanggungjawab.Berdepan dengan cabaran yang bukan sedikit memberikan pengalaman dan impak yang sangat terkesan dalam mendidik anak kurang upaya pendengaran. Bukan sahaja dari segi perjalanan kerjaya malah kehidupan seharian. Kisah yang menginspirasikan semua dalam mendidik anak istimewa dengan semangat jitu dan kemahuan tinggi mereka sendiri. Bagaimana mereka meletakkan diri mereka di dalam dunia yang tidak boleh mendengar. Menyelami kekurangan untuk memberikan kesamaan dan kelebihan. Menyantuni anak didik mereka dengan penuh hikmah dan sudah tentu mengharapkan ibrah yang membawa rahmah untuk semua.
Namun, sidang penulisnya memerlukan tambahan dana percetakan untuk memastikan buku ini sampai kepada pembaca. Ia pengalaman yang bakal kita sama-sama kongsikan. Kami sidang penulis tampilkan pengalaman kami, sahabat-sahabat danai sama-sama kos cetakan buku ini, akhirnya kita sama-sama baca bersama. Kami memerlukan RM2820 untuk membiayai kos percetakan buku ini. Dana sumbangan anda adalah sebahagian daripada nyawa buku ini. Setiap sen daripada sumbangan anda akan menjadi saham akhirat berpanjangan selagi buku ini dimanfaatkan.
Setiap sumbangan minima sebanyak RM20 akan menerima senaskhah buku ini sebagai hadiah tanda persahabatan kita. Setelah membuat sumbangan, jangan lupa untuk berikan nama, alamat dan nombor telefon kepada Aina 013-3613516
Jadi, jom sama-sama danai buku ini.
Sahabatmu
Aina.
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 370 | |
Anonymous | RM 300 | |
Anonymous | RM 230 | |
Anonymous | RM 200 | |
Anonymous | RM 120 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 |