Kerajaan Kobar diperintah oleh Maharaja Bagos yang zalim. Pemerintahannya ditentang oleh puteranya sendiri, Damak. Damak telah membuat rancangan untuk menewaskan kezaliman ayahnya dengan bekerjasama dengan Kerajaan Noah dan beberapa rakyat Kerajaan Kobar yang bencikan pemerintahan Bagos. Bagos telah membunuh kesemua keturunan Pusaka, iaitu keturunan yang dikurniakan keistimewaan kuasa ajaib. Namun begitu, tanpa Bagos sedari, dua orang keturunan Pusaka masih hidup dan telah bersedia untuk menakluk kembali Kerajaan Kobar. Adakah mereka berjaya untuk mengembalikan kegemilangan Kerajaan Kobar? Marilah bersama menghayati dunia fantasi Pusaka Terakhir.
Kempen telah tamat
Genre fantasi ialah genre yang sering menjadi pilihan pelbagai golongan, daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa. Fantasi juga tidak terhad hanya kepada dunia kisah dongeng atau sejarah lama, tetapi juga kepada dunia rekaan alam magis dan kuasa ajaib. Dunia fantasi memberikan rasa teruja dan semangat kepada pembaca kerana ia membawa mereka menghayati dunia yang luar dari realiti sebenar. Walaupun dunia semakin berkembang dengan teknologi, tetapi orang ramai masih terpikat dengan unsur keajaiban dan misteri yang melangkau imaginasi.
Oleh sebab itu, saya memilih untuk menghasilkan sebuah buku bergenre fantasi. Pusaka Terakhir membentangkan sebuah dunia magis yang meliputi segala aspek tersebut. Manuskrip telah pun siap 100% dan kini saya memerlukan dana sebanyak RM2500 untuk menampung kos seperti berikut:
1. Kos penyuntingan
2. Kos reka letak.
3. Kos pencetakan 100 naskah
Setiap pendana akan menerima buku percuma bagi setiap RM50 yang disumbangkan.
Contoh RM50 – Sebuah buku
RM100 – Dua buah buku
Namun begitu, saya menghargai setiap sumbangan yang diberikan oleh anda. Sumbangan minimum tidak semestinya Rm50. Berapa sahaja pun boleh.
Bagi penyumbang dana, sila hubungi saya di 0173434504 untuk maklumat lanjut bagaimana cara untuk menyumbang dan juga untuk mendapatkan buku percuma.
Terima kasih atas sokongan anda terhadap penulis baru seperti saya. Semoga dengan adanya buku Pusaka Terakhir dapat memeriahkan lagi industri buku Malaysia.
Funder | Amount | |
---|---|---|
Anonymous | RM 750 | |
Anonymous | RM 490 | |
Anonymous | RM 350 | |
Anonymous | RM 120 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 100 | |
Anonymous | RM 70 | |
Anonymous | RM 50 | |
Anonymous | RM 50 |