JOM DANA KEMPEN INI!


campaign
Agama / Religious

Jualan Amal Infaq Buku Diari Ramadhanku

RM 655.00 / 3500.00 terkumpul

18.71%

Berbaki 1 hari

Dana Sasaran RM 3500.00 (10.00% daripada sumbangan untuk pengurusan danabuku.com)

Maklumat Lanjut

Pengenalan Awal Projek Infaq Buku Diari Ramadhanku ini merupakan satu inisiatif yang diusahakan untuk menyemarakkan lagi kempen memaknai bulan Ramadhan al-Mubarak dengan amalan-amalan yang baik tujuan agar masyarakat semakin berminat untuk membaca, memahami, menghayati dan menghargai al-Quran yang sangat berhubungkait dengan bulan Ramadhan. Siapakah Golongan Sasaran? Projek Infaq Buku Diari Ramadhanku ini menyasarkan beberapa golongan sasaran seperti berikut: 1. Golongan Pelajar Kelas Al-Quran Dewasa 2. Mahasiswa & Mahasiswi Universiti 3. Pelajar-Pelajar Tahfiz, Madrasah & Sekolah Menengah Apakah Pakej Infak Yang Ditawarkan? Secara asasnya, kami menyasarkan kutipan infak sebanyak RM3500. Justeru mencapai matlamat ini, para penyumbang boleh membuat sumbangan melalui pakej-pakej berikut: Pakej A: RM 15 (Seunit Buku) Pakej B: RM 5 (Rakan Infaq Buku) Pakej C: RM 30 (Untuk yang berhajat nak dapatkan seunit buku DR - sudah termasuk pos) Anda juga masih tetap boleh menyumbang walaupun dengan nilai RM1. Apakah Yang Akan Berlaku Apabila Kutipan Dana Berjaya Mencapai Sasaran? Dana kutipan daripada sumbangan anda akan digunakan sepenuhnya bagi pembayaran bagi 600 unit buku Diari Ramadhanku. Kemudian, saya sendiri dan beberapa orang rakan usahasama selaku pihak yang diamanahkan menjalankan Misi Infaq Dakwah & Pendidikan menggunakan buku Diari Ramadhanku ini akan menjalankan tanggungjawab menyerahkan kesemua buku yang dibeli menggunakan duit kutipan ini kepada kesemua golongan sasar yang telah disenaraikan sebagai golongan sasaran yang berada di seluruh negeri Terengganu. DISCLAIMER: Royalti sebagai penulis yang diperoleh daripada kutipan ini tidak akan digunakan untuk keperluan peribadi sebaliknya akan disalurkan kepada Al-Irsyad Synergy Academy dan Rumah Ngaji Seberang Takir bagi memudahkan sebarang urusan dalam usaha menjalankan dan merancang aktiviti-aktiviti dakwah dan pendidikan al-Quran kepada golongan sasar tertentu pada tahun 2024 bagi melestarikan manfaat penggunaan dana untuk kebaikan umat secara berterusan. BAGAIMANA ANDA BOLEH MENYUMBANG? 1. Klik 'SUPPORT THIS CAMPAIGN' 2. Pilih samada Bank Transfer atau FPX 3. Masukkan jumlah sumbangan Dengan dana sebanyak RM 3,500.00 pihak Al-Irsyad Synergy Academy akan menyalurkan 600 unit buku Diari Ramadhanku kepada golongan sasar yang telah ditetapkan sebagaimana di atas. Semoga sedikit usaha ini diganjari oleh Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran dan menjadi amalan kebaikan yang dilipatgandakan pahalanya bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Sumbangan anda akan memupuk budaya membaca, mempelajari, memahami, menghayati dan mengamalkan isi kandungan al-Quran serta melestarikan dunia buku. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada kami di talian: 0102061392 (UMJ- Ustaz Mahmud Jamaludin) Yang benar, Ustaz Mahmud Jamaludin Guru Tahfiz

07/04/2024

Anonymous

Jazakallah Khairan Kathira


06/04/2024

Anonymous

Semoga dipermudahkan


05/04/2024

Anonymous

Usaha yang bagus


05/04/2024

Anonymous

Pahala infaq utk ibubapa


05/04/2024

Anonymous

Infaq


05/04/2024

Anonymous

Semoga diberkati


05/04/2024

Anonymous

Smg berjaya


05/04/2024

Anonymous

Infaq


03/04/2024

Anonymous

Senoga segala urusan dipermudahkan


02/04/2024

Anonymous

Semoga Allah memberkati usaha ini


21/03/2024

Anonymous

Sahabat


12/03/2024

Mahmud Bin Jamaludin

Semoga dipermudahkan urusan


#
Funder Amount
1
Anonymous RM 150.00
2
Anonymous RM 100.00
3
Anonymous RM 100.00
4
Anonymous RM 80.00
5
Anonymous RM 50.00
6
Anonymous RM 50.00
7
Anonymous RM 50.00
8
Anonymous RM 20.00
9
Anonymous RM 20.00
10
Mahmud Bin Jamaludin RM 15.00